“Alhamdulillah Dah Banyak D0a-Doa You Dimakbulkan,” Indah Ucapan Hari Jadi Fazura Buat Sahabat Baik Rizman Nordin, Kawan Till Jannah

Pelakon, Nur Fazura menitip ucapan hari jadi buat sahabat baiknya yang juga pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin.

Menurut figura jelita itu, Rizman seorang sahabat yang baik dan pelakon itu sentiasa mendoakan kesejahteraan pereka fesyen tanah air berkenaan.

“Today is your birthday! Tak perlu nak cakap lagi lah betapa besties nya kita ni kan? Nak doa sentiasa especially on your birthday today.

“Syukur Alhamdulillah.. dah banyak doa-doa you dimakbulkan dan banyak limpah kurnia rezeki yang cukup membahagiakan.

“Semoga setiap hari-hari yang mendatang akan membawa lebih banyak kebaikan dalam diri, semakin matang, dikurniakan rahmat, keredhaan dan kemuliaan Allah SWT.

“Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan keluarga bahagia dan anak yang solehah.. Aminnn! Kasih buat sahabat ku lillahitaala. Happy birthday,” tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsikan bintang filem Dendam Pontianak itu, setiap gambar yang dirakam bersama mempunyai kenangan manis.

Dalam perkembangan lain, Rizman akan menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Sementara itu, kandungan isterinya, Nurida Suraya sudah memasuki fasa ketiga (third trimister).

Pasangan ini bernikah pada 13 September 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Instagram Nur Fazura

Be the first to comment on "“Alhamdulillah Dah Banyak D0a-Doa You Dimakbulkan,” Indah Ucapan Hari Jadi Fazura Buat Sahabat Baik Rizman Nordin, Kawan Till Jannah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*