Aeril Zafrel ‘Scam Netizen’ Dengan Wipe It D0wn Challenge

Cabaran Wipe It Down Challenge masih menjadi trend yang hangat di media sosial, sehingga selebriti terkenal pun ramai yang sudah terjebak.

Wipe It Down Challenge adalah cabaran di mana refleksi yang berbeza muncul dengan sekelip mata ketika individu mengelap cermin.

Jika sebelum ini kita telah melihat trend ini dilakukan oleh Sweet Qismina bersama teman lelakinya, Uyaina Arsyad dan juga Janna Nick dengan pelbagai twist yang menarik, kali ini giliran ‘presiden TikTok Malaysia’, Aeril Zafrel pula untuk menyahut cabaran itu.

Biasanya orang lain menggunakan air atau Febreze untuk menyebur cermin, dalam video yang dikongsikannya Aeril di Instagram dan Twitter, pelakon tersebut dilihat berdiri di hadapan cermin sambil memegang penyembur serangga.

Dia kemudian menyemburkan ubat serangga itu pada cermin dan mula mengelap cermin mengikut rentak lagu Wipe It Down.

Namun apa yang mengelirukan dan membuat penonton tidak puas hati adalah apabila tiada apa perubahan yang berlaku pada refleksinya ketika dia mengelap cermin.

Perkongsian Aeril Zafrel itu membuat netizen geram dengannya kerana ramai yang tertunggu-tunggu untuk melihat kejutan di dalam video itu.

Ramai juga yang meluahkan rasa tertipu kerana menyangka dia akan berubah menjadi lipas atau nyamuk.

“Aeril Zafrel scam netizen…”

“Expectation aku terlalu tinggi…”

“Harapan palsu betol…”

Namun ada yang merasakan tujuan Aeril tidak melakukan apa-apa perubahan adalah untuk menunjukkan dia memang sudah kacak.

“Wipe bnyak kali pon masih good looking…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Aeril Zafrel ‘Scam Netizen’ Dengan Wipe It D0wn Challenge"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*