“Saya Sudah Pulangkan Cincin, Anggap Tlada J0doh” Syazwan Zulkifly Dan Tunang Sudah Pvtus

Tunang kepada pelakon Syazwan Zulkifly, Syawariah Zulkifli mendedahkan mereka sudah berpisah sejak Mac lalu.

Sya bagaimanapun enggan mendedahkan punca mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah.

“Saya tahu banyak pihak yang tertanya tentang kepastiannya.

“Saya dan Syazwan Zulkifly telah memutuskan tali pertunangan pada 31 March 2020, dan saya sendiri telah memulangkan cincin merisik dan bertunang kepada Syazwan sendiri.

“Dan hal ini cuma diketahui oleh pihak keluarga sahaja.

“Apa yang berlaku antara saya dan Syazwan, saya anggap sudah tak ada jodoh, dan biarlah kami sahaja yang tahu punca perpisahan ini,” tulisnya menerusi Instagram baru-baru ini.

Minggu lalu tersebar dakwaan bahawa pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019 telah berpisah.

Lebih mengukuhkan dakwaan apabila masing-masing sudah memadamkan foto antara satu sama lain di Instagram dan sudah tidak lagi mengikuti akaun satu sama lain.

Malah, sekeping foto Syazwan bersama seorang gadis lain juga turut tersebar di Internet.

“Dan isu gambar Syazwan bersama wanita lain itu biarlah pihak Syazwan sendiri yang jelaskan.

“Saya doakan yang baik baik sahaja untuk dia.

“Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa ada dengan saya dan terima kasih jugak kepada yang mendoakan saya,” tambah Sya.

Pasangan itu mula berkenalan sejak 10 tahun lalu.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Saya Sudah Pulangkan Cincin, Anggap Tlada J0doh” Syazwan Zulkifly Dan Tunang Sudah Pvtus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*