Selalu Sibuk Hal Kewangan Negara, Kali Ini Tengku Zafrul ‘Tayang’ Bini Pula

Setiap kali melibatkan hal pengurusan kewangan negara, wajah menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pasti mencuri tumpuan ramai di kaca televisyen mahupun di platform media sosial.

Sering memuat naik posting berkaitan tugas dan tanggungjawab yang dipikul, kali ini figura berusia 46 tahun itu berkongsi gambar raya bersama isterinya Raja Datin Seri Johanna Raja Arshad.

Lengkap memakai busana sedondon berwarna ungu ketika perayaan Syawal minggu lalu, beliau mengambil kesempatan memberi dedikasi raya kepada semua pengikutnya di Instagram.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri, daripada saya & isteri (boss 😇) tersayang. Dalam perjalanan ke rumah mak & ayah.
“Bagi yang menziarahi keluarga terdekat, amalkan penjarakan sosial, pakai topeng muka & #staysafe. Moga sambutan dengan penuh keberkatan. Take care,” pesannya.

 

View this post on Instagram

 

Wefie with wife (boss). We are at my parents house. Stay safe, don’t Salam. Eat moderately. Wishing everyone Selamat Hari Raya.

A post shared by Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) on


Adik iparnya, Raja Jesrina Arshad turut berkongsi beberapa posting sekitar kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama keluarga mereka yang tersayang.


Memetik artikel Majalah Nona, isteri beliau merupakan anak sulung kepada Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda iaitu seorang ahli perniagaan terkemuka selain memegang jawatan sebagai Pengerusi Maxis.

Raja Datin Seri Johanna & adik beradiknya


Menerusi hasil perkahwinan, Zafrul dan isterinya dikurniakan empat cahaya mata iaitu Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber: Tengku Zafrul , Jesrina Arshad , Nona

Be the first to comment on "Selalu Sibuk Hal Kewangan Negara, Kali Ini Tengku Zafrul ‘Tayang’ Bini Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*