Stail Inspirasi T0peng Muka… Pereka Fesyen Dunla Berlumba-Lumba Hasilkan Karya Unlk

MESKIPUN seluruh dunia ketika ini sedang dalam kebimbangan akibat penularan Covid-19 namun itu bukanlah bererti kita hanya perlu duduk berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa.

Sebaliknya situasi ketika ini juga boleh digunakan untuk menghasilkan idea-idea unik seperti dilakukan oleh seorang pereka fesyen di Indonesia iaitu Arlie Percetakan Kain.

Arlie menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan beg inspirasi daripada topeng muka yang cukup unik dan praktikal untuk digunakan.

Seperti mana topeng muka, Arlie menghasilkan beg itu benar-benar menyerupainya dengan menggunakan warna hijau kebiruan selain mengekalkan tiga lipatan di bahagian depan yang menjadi ‘signature’ topeng muka.

Beg tangan gergasi inspirasi daripada topeng muka.

Tali yang sepatutnya digunakan untuk menggantung topeng muka di telinga pula dijadikan sebagai tali untuk menyandang beg berkenaan yang cukup stail!

Manakala di Iceland pula, seorang pereka fesyen dikenali sebagai Ýrúrarí Jóhannsdótti tampil dengan topeng muka menggunakan teknik kait yang biasanya digunakan pada jaket dan sarung kaki.

Tidak terikat dengan rekaan asal, Ýrúrarí tampil dengan pelbagai rekaan bagi membolehkan si pemakai tampil unik.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Stail Inspirasi T0peng Muka… Pereka Fesyen Dunla Berlumba-Lumba Hasilkan Karya Unlk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*