“Tak Berani, Tak Ada Ilmu Kebal” Ezzaty Abdullah Belum Yakin Bawa Anak Keluar Di Tempat Awam

Aktres Ezzaty Abdullah belum berani untuk membawa anak perempuannya, Harum Dalia keluar dari rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) ini.

Kata Ezzaty, dia dan suami aktor Azwan Kombos masih membiasakan amalan untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan anak.

“Tadi si dia bawak pergi jalan-jalan sebab nak perbaiki rantai kaki @harumdalia yang putus. Tapi sebab kena tinggalkan si kecik tu, jadi kami belilah beberapa hadiah untuk dia.

“Maaf ibu dan ayah tak beranilah nak bawak awak keluar lagi sebab ibu dan ayah tak ada ilmu kebal. Balik pun mandi dulu tukar baju,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Tadi si dia bawak pergi jalan2 sebab nak repair rantai kaki @harumdalia yang putus. Tapi sebab kena tinggalkan si kecik tu, so kami beli lah beberapa hadiah utk dia. Sorry ibu n ayah tak berani lah nak bawak awak keluar lagi sebab ibu dan ayah tak ada ilmu kebal. Balik pun mandi dulu tukar baju. Tapi tadi nampak ramai bawak anak2 kecik and baby berjalan2. Takpe. Fikir Positif, mungkin dorang terpaksa keluar suami isteri sebab barang yang dorg nak beli tu besar sgt2 n berat sgt2. Kena pegang dua org. Pastu anak2 tak ada orang nak tolong jaga kejap, so kena bawak sekali. Macam kami boleh tinggal anak dekat kakak ipar yg duduk dekat. Kalau tak, memang seberat mana pun barang tu, sebesar mana pun barang tu dan sebanyak mana pun barang2 tu ibu or ayah sanggup je angkut sorang2 sambil terhuyung hayang macam masa awal pkp haritu sebab tak berani bagi awak keluar rumah ke tempat awam lagi @harumdalia #kitabelummenang #kitajagakita #staysafe #stayhome

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on

Dalam pada itu, pelakon drama KL Gangster Underworld meluahkan pendapatnya yang memahami situasi segelintir keluarga yang terpaksa membawa anak-anak ke tempat umum.

“Tapi tadi nampak ramai bawak anak-anak kecik dan baby berjalan-jalan. Tak apa. Fikir positif, mungkin dorang terpaksa keluar suami isteri sebab barang yang dorang nak beli tu besar dan berat sangat. Kena pegang dua orang.

“Pastu anak-anak tak ada orang nak tolong jaga kejap, jadi kena bawak sekali. Macam kami boleh tinggal anak dekat kakak ipar yang duduk dekat.

“Kalau tak, memang seberat mana pun barang tu, sebesar mana pun barang tu dan sebanyak mana pun barang-barang tu ibu or ayah sanggup je angkut sorang sambil terhuyung hayang macam masa awal PKP haritu sebab tak berani bagi awak keluar rumah ke tempat awam lagi,” tulisnya lagi.

Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada Julai 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 6 Disember 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: gempak

Be the first to comment on "“Tak Berani, Tak Ada Ilmu Kebal” Ezzaty Abdullah Belum Yakin Bawa Anak Keluar Di Tempat Awam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*