“Atu Paling Susah Nak Hafal Skrip” Berlak0n Dengan Adik-Beradik Ini Pengalaman Dilalui Sharif

Pelawak dan pelakon Sharif Zero berkongsi pengalaman bekerjasama dengan adik-beradiknya, Syaiful dan Atu menerusi filem Syif Malam Raya.

Menurut Sharif, dikalangan mereka Atu adalah yang paling susah untuk menghafal skrip.

“Dalam filem ini Atu tak macam di pentas biasa, kalau tidak dia selalu huha huha lompat sana sini, untuk filem ni dia kena jadi seorang yang kacak.

“Kalau nak tahu Atu ini memang paling susah nak hafal skrip, tetapi yang bagusnya sebab dia banyak mempelajari dan mengkaji karakter yang akan dibawanya,” katanya ketika ditemubual.

Bagaimanapun kata Sharif dia tidak mempunyai banyak adegan bersama Syaiful.

“Dalam filem ini Syaiful pun ada tapi babak kami kena berpecah, tak sama. Syaiful lebih banyak adegan dikawasan kampung manakala saya lebih banyak bersama Atu,” ujarnya

Selain Sharif, Syif Malam Raya juga turut menampilkan Atu, Syaiful, Syahmi, Asif, Yoe, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.

Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Sinopsis:

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: gempak

Be the first to comment on "“Atu Paling Susah Nak Hafal Skrip” Berlak0n Dengan Adik-Beradik Ini Pengalaman Dilalui Sharif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*