Umie Aida Bakal Terima Menantu, Anak Sulung Selamat Bertunang

PELAKON Datin Umie Aida berkongsi detik bahagia bakal menerima menantu tidak lama lagi apabila anak sulungnya, Mohd Danial Firdaus, 27, mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan yang dikenali sebagai Haniz, pada Ahad.

Umie menerusi perkongsian di laman Instagramnya hari ini turut memuat-baik sebuah video yang menyaksikan dia menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya pada acara yang dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.

“Masya-ALLAH.. rasa tak percaya anak saya sudah dewasa dan bersedia memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam hidupnya.

“Alhamdulilah, ibu gembira dengan pilihanmu Danial. Semoga sentiasa dalam lindungan-NYA dan diberkati-NYA. Aamiin,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Dukun itu turut memohon orang ramai agar mendoakan agar majlis pernikahan mereka kelak berjalan lancar.

“Doakan semoga pernikahan mereka berjalan lancar tahun ini yea. Insya-ALLAH,” ujar Umie.

Selain suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, turut kelihatan di majlsi tersebut ialah ibu Umie dan adiknya, Betty Rahmad.

Rakan-rakan selebriti dan pengikut Umie berkongsi kegembiraan yang sama dan tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pelakon tersebut.

Selain Mohd Danial, Umie mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Mohd Dzulhelmy, 26, dan Aisyah Humaira yang kini berusia 10 bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Sinar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Umie Aida Bakal Terima Menantu, Anak Sulung Selamat Bertunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*