Fizo Omar Ditawar RM25,000 Untuk Jadi Peneman Satu Malam

Selepas bergelar duda, Fizo Omar dilihat kembali aktif berlakon malah wajahnya kini sering menghiasi kaca televisyen. Lebih mengejutkan, Fizo mendedahkan dia menerima tawaran ribuan ringgit hanya dengan menjadi peneman untuk satu malam.

Bagaimanapun, Fizo berkata itu adalah sind1ket pen1puan yang sentiasa mencari peluang memperdaya m4ngsa termasuk dirinya. Menerusi Instagram, Fizo turut berkongsikan perbualan antara dirinya dengan individu terbabit.


Fizo memberitahu dia pernah beberapa kali menerima tawaran untuk dibayar beribu-ribu ringgit hingga ada yang sanggup memasukkan duit ke dalam akaun sebelum berjumpa.

“Kadang-kadang terfikir juga apa motif mereka ni? Ada tu siap minta nombor akaun nak masukkan duit dulu kemudian baru jumpa depan-depan.

“Barang recond macam saya ni pun ada harga, kalau yang brand new dan wanita-wanita pula tak tahulah berapa kan?” kongsinya.

Menyedari bahawa itu hanyalah satu sind1ket pen1puan, Fizo mengambil kesempatan membalas dengan mesej tersebut meminta agar individu berkenaan mendermakan wang yang mahu diberikan kepadanya itu untuk insan yang memerlukan.

Ujar Fizo lagi, apa yang terjadi kepadanya itu bukan perkara aneh kerana ianya wujud dalam kehidupan seharian. Dalam pada itu, Fizo memberi pesanan kepada orang ramai supaya mengamalkan sikap menjaga diri sendiri sebelum sibuk menjaga hal tepi kain orang kalau diri sendiri pun tidak terjaga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Instagram fizoomar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Fizo Omar Ditawar RM25,000 Untuk Jadi Peneman Satu Malam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*