“Lebih Kurang Seratus Iklan.Untuk Tampung Pembelajaran Saya…” – Tiara Jacquelina Imbas Kenangan Zaman Remaja

Penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina mengimbas kembali zaman awal kemunculannya di kaca televisyen dan media cetak menerusi iklan produk kecantikan.

Menurut Tiara, dia mula menjadi model iklan produk jenama Hazeline Snow pada usia 17 tahun.

“Zaman batu ni! Di sini lah permulaannya, saya jadi model iklan Hazeline Snow pada usia 17 tahun, ada antara anda yang ingat iklan TV seorang perempuan berlari di tepi pantai dengan seekor kuda putih, dengan lagu latar belakang Time After Time?” kongsi Tiara di Instagram.

Tambah Tiara, selain iklan tersebut, dia turut menerima tawaran menjadi model untuk lebih kurang 100 iklan lain demi menampung kos pendidikannya ketika itu.

“Selain iklan ini, saya telah terlibat dalam kira-kira 100 iklan TV dan media cetak untuk menampung kos pendidikan saya, saya juga ditawarkan berlakon untuk TV dan filem,” tulisnya lagi.

Perkongsian Tiara itu menarik perhatian rata-rata pengikutnya yang masih mengingati iklan produk Hazeline Snow itu.

“Ikonik!

“Saya harap dapat tengok iklan itu lagi.

“Masya-Allah! Itu Puan Sri rupanya!” tulis beberapa wargamaya.

Sekadar info, pemilik nama sebenar Tiara Jacquelina Eu Abdullah ini mula aktif dalam industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 1988.

Tiara berjaya melakar kejayaan dalam kerjayanya menerusi beberapa projek terkenal seperti Puteri Gunung Ledang, P Ramlee The Musical dan banyak lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Lebih Kurang Seratus Iklan.Untuk Tampung Pembelajaran Saya…” – Tiara Jacquelina Imbas Kenangan Zaman Remaja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*