Nabila Razali Terima Hati Terbuka Jika Lagunya Layak Ke AJL

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular nyanyian Nabila Razali yang ‘terkuc1l’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua secara langsung sehinggakan rata-rata netizen mempersoalkan kemampuan vokal penyanyi itu.

Meskipun berdepan pelbagai kecaman bagaimanapun Nabila berkata dia tidak trauma untuk berada di pentas menyanyikan lagu tersebut, namun mengakui sedikit risau seandainya ‘terkucil’ lagi.

“Nak kata trauma tu tak ada, tapi risau sedikit… setiap kali saya nak naik pentas saya berdebar sebab tahu apa yang orang akan cakap tentang lagu itu,” katanya.

Menganggap apa yang terjadi kepada dirinya sebelum ini adalah satu ujian, bagaimanapun Nabila bersyukur lagu Peluang Kedua kini mendapat tangga pertama di setiap platform carta lagu.

“Namun bagi saya, itu adalah satu ujian… yelah, tak semua benda baik kita dapat, mesti ada ujian sikit-sikit, ” ujarnya kepada mStar Online.

Ditanya adakah bersedia seandainya lagu Peluang Kedua layak ke Anugerah Juara Lagu atau pertandingan besar, Nabila berkata dia tidak meletakkan harapan yang tinggi lagunya itu menyertai mana-mana pertandingan lagu, namun sekiranya berlaku dia menerima dengan hati terbuka.

“Saya tidak meletakkan harapan tinggi di luar kemampuan saya, tapi sekiranya ia berlaku saya terima dengan hati terbuka dan banyak lagi benda saya kena buat. Saya baru lagi dan tak hebat mana dalam nyanyian,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :mstar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Nabila Razali Terima Hati Terbuka Jika Lagunya Layak Ke AJL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*