“Rasa Macam Ada Orang Intip..” – Fedtri Yahya Kongsi DetIk Cem4s Masuk Ke Israel

Pengacara Jejak Rasul 2020, Fedtri Yahya akui cemas sepanjang berada di negara Israel untuk membuat liputan tahun lepas.

Cerita Fedtri, dia bersama kru rasa seperti diintip ketika memasuki negara tersebut.

“Nak masuk ke Israel memang susah sampai kena buat permohonan khas terutamanya warganegara Malaysia.

“Walaupun nak masuk Palestin sekali pun, tentera Israel mengawal sepenuhnya terutama imigresen, udara dan matawang.

“Kami mendapat permit khas untuk masuk ke Israel dan mereka tidak mengecop pun pasport kita. Apabila sudah masuk kami melalui satu checkpoint yang panjang.

“Namun, sepanjang di sana rasa macam ada orang intip. Tak hairanlah majoriti di sana tenter4 Israel malah kawasan kampung di Palestin pun dikawal mereka,” cerita Fedtri.

Mengakui Israel bangsa yang penakut, tambah Fedtri tentera di sana sentiasa cur1ga dengan orang as1ng yang memasuki kawasan mereka.

“Malah, ada satu kisah menyedihkan berlaku sebelum kami masuk ke sana, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemb4k mat1 tentera Israel ketika sedang mengambil gula-gula. Mereka ingat kanak-kanak itu nak ambil b0m,” katanya.

Sepanjang di Israel, Fedtri sekali lagi berdepan situasi b1adap penduduk di sana ketika berada di sebuah restoran.

“Ketika nak ke Tel Aviv, kami singgah di sebuah restoran. Biasa orang sebut harga Yahudi sebab mahal, ya memang di Israel harga cek1k dar4h!

“Tengok harga makanan semua mahal, jadi kami pesan makanan yang paling murah. Bayangkan nak makan seafood pun sampai beribu-ribu ringgit.

“Apabila nak buat pembayaran, kad saya tidak boleh dibaca dan mereka lempar saja kad saya.

“Itu pengalaman paling kurang ajar,” tambah Fedtri.

Bagaimanapun, berbeza akhlak dan kesantunan budi penduduk di negara lain misalnya Turki yang sentiasa ramah dengannya.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Rasa Macam Ada Orang Intip..” – Fedtri Yahya Kongsi DetIk Cem4s Masuk Ke Israel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*