Suami Jadi Pengkritik Nombor Satu, Che Puan Syamim Tolak Watak ‘SeksI’

Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama 65 episod Dua Takdir Cinta di samping Fasha Sandha, Che Puan Syamim kini mengambil ruang untuk berehat seketika dari terlibat dalam mana-mana penggambaran drama.

Bagaimanapun, dalam masa senggang yang ada, dia masih menerima tawaran sampingan lain selain turut terlibat dalam pengacaraan.
Mulai terjvn ke dunia seni selepas dinobatkan sebagai Naib Juara Dewi Remaja 2015, Syamim juga isteri kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj akui gembira kerana sehingga kini, suami tercinta memberi galakan penuh terhadap apa yang dilakukannya kini.

 

“Boleh dikatakan, suami ialah penonton setia dan pengkritik nombor satu saya.

“Dia ada tonton dan mana-mana karektor yang saya bawa misalnya, dia akan beritahu sudah ada peningkatan dan bahagian mana yang perlu diperbaiki lagi.

“Setakat ini dia macam itulah, bertuah kerana suami seorang yang memahami.

“Cuma ada ketikanya, saya yang rasa bersalah kerana ada penggambaran yang makan masa yang agak lama.

“Terfikir bagaimana keadaannya di rumah. Lama-kelamaan, suami mulai faham dan kami ada berbincang mengenainya,” akuinya lagi.

Ditanya mengenai apakah pendirian yang diambil pelakon dan hos ini dalam menjaga status sebagai isteri dalam dunia lakonan, Syamim menjelaskan ada beberapa watak yang ditolak.

Pada masa sama, dia juga memilih untuk tidak mengenakan persalinan yang terlalu mencol0k mata dalam mana-mana naskhah yang dilakonkan.

“Karektor yang terlalu daring, tak bolehlah. Misalnya sebelum ini, saya pernah dapat watak seperti ‘sugarbaby’ yang ada ‘sugardaddy’.

“Jadi saya terpaksa tolak cara baik kerana merasakan ia kurang sesuai dengan status saya sebagai isteri.
“Risau juga nanti kalau ada babak-bakak yang agak keterlalvan. Begitu juga dalam soal pemakaian, tidaklah boleh terlalu seks1,” terang Syamim jujur.

Dalam perkembangan lain, Syamim dan suami baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat dan momen kenangan mereka turut dikongsinya di media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Suami Jadi Pengkritik Nombor Satu, Che Puan Syamim Tolak Watak ‘SeksI’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*