Tak Kisah Status J4nda, Niezam Cintakan Nonny Kerana Allah

Selepas hampir dua tahun menjanda, Nonny Nadirah mengakui bukan mudah untuk membuka pintu hatinya untuk menerima cinta lagi selepas bercer4i dua tahun lalu. Bagaimanapun, kehadiran pelakon Niezam Zaidi banyak mengubah hidupnya sejak setahun lalu.

Merancang untuk berkahwin sebelum hujung tahun ini, Niezam berkata dia sudah memikirkan perkara itu namun masih belum dapat menetapkan tarikh disebabkan masih terbabit dengan penggambaran drama.

“Memang ada perancangan ke fasa seterusnya. Kita merancang, Allah tentukan. Sebab sekarang saya masih terbabit dalam penggambaran drama Luk4 Di Hati Diya sehingga Ogos depan.

“Saya pun ada cakap pada Nonny nak fokus drama dulu, selepas itu baru fokus satu persatu. Saya cakap dengan dia juga, perkara baik tak elok dilambat-lambatkan.

“Insya Allah, nak kahwin tahun ini. Apa pun, macam dikatakan tadi, saya kena habiskan kerja dahulu. Fikir memang sudah fikir, cuma tinggal nak tetapkan lagi.

“Lagi pula, saya kena pergi kursus kahwin dulu. Ikutkan saya, nak terus nikah saja. Saya juga ada bercakap dengan keluarga soal ini dan mereka okay kalau saya nak bernikah terus,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita mengenai hubungan cinta mereka sejak setahun lalu, Niezam menyifatkan kehadiran Nonny adalah kiriman Allah untuk dirinya, begitu juga sebaliknya. Hubungan mereka mula rapat selepas Nonny bercerai, Naziem berkata semuanya terjadi secara tidak dijangka.

“Kami berkenalan sejak 2016 iaitu ketika membintangi telefilem Minah Motor untuk TV3. Sewaktu itu, kawan biasa saja sebab masing-masing ada pasangan.

“Selepas Nonny bercerai barulah kami mula rapat. Semuanya terjadi secara tidak dijangka. Apabila saling bermesej dan kami putuskan untuk berjumpa. Sejak itu kami menjadi semakin rapat.

“Status Nonny yang pernah berkahwin dan bercerai bukan halangan untuk saya berkawan dengannya. Dia seorang yang baik. Apa saya tahu, ketika dia tengah dalam kesulitan, saya ada. Saya ada dengan dia saat susah dan senang.

“Semasa dia tengah ‘down’, dia tidak ada sesiapa. Jadi, saya minta dia kongsi. Saya tenangkan dia dan pendek kata, sering jadi perantara untuk dia. Apapun, jalinan perhubungan saya dengan dia kini kerana Allah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tak Kisah Status J4nda, Niezam Cintakan Nonny Kerana Allah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*