“Baru 10 Minit Belajar…“ – Hari Pertama Sekolah Selepas PKP, Pelajar Sempat Beritahu Rakan ‘Tak Sedap Hati’ Sebelum Ibu Datang Bawa Berita Dvka

PEMBUKAAN semula sekolah selepas hampir tiga bulan ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pastinya akan dikenang gadis berusia 17 tahun ini sepanjang h4yatnya.

Hari tersebut bagaikan mimpi nger1 bagi Nur Nadhirrah Sham Suhaimi apabila dia menerima khabar duk4 mengenai pemergian bapa tersayang akibat ser4ngan angin ahmar.

Kisah tragis itu dikongsi di Twitter sehingga mendapat lebih 33,000 ulang kicau dan 70,100 tanda suka.

Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Nadhirrah berkata dia dikejvtkan dengan berita sed1h itu 10 minit selepas subjek Pendidikan Islam bermula.

“Masa tu baru 10 minit belajar subjek Pendidikan Islam. Tiba-tiba guard ketuk pintu bilik darjah dan minta saya untuk bawa beg sekolah dan turun ke bawah.

“Sepanjang turun tu guard tak cakap apa-apa. Saya pun macam pelik dan berdebar. Tiba-tiba saya tengok ibu tunggu kat depan.

Gambar kenangan Nadhirrah (kiri) bersama kakaknya (kanan) semasa kecil dan juga arwah bapanya.

“Ibu beritahu abah dah tak ada. Masa tu memang saya nangis atas motor. Terkejvt sangat-sangat sebab tak sangka abah pergi begitu cepat,” katanya.

Anak kedua daripada tiga beradik itu juga mengakui dia berasa tidak sedap hati pada hari tersebut.

“Masa pagi tu saya rasa berdebar, menggigil dan macam tak sedap hati. Saya beritahu kawan mengenai keadaan saya.

“Tapi masa tu saya tak fikir apa-apa sehinggalah ibu sendiri memaklumkan ayah sudah tiada kira-kira pukul 7 pagi,” katanya.

Abah banyak beri tanda sebelum dia meninggal. Dia tiba-tiba berak banyak. Saya dan kakak juga kerap mimpi abah minta maaf.

NUR NADHIRRAH SHAM SUHAIMI

Anak

Jelas Nur Nadhirrah, bapanya Sham Suhaimi Hassan, 55, mengalami lumpuh akibat serangan angin ahmar sejak dua tahun lalu.

“Abah memang dah lama sak1t. Dia kena strok di bahagian otak dua tahun lalu. Jadi dia tak boleh bergerak, memang baring je.

“Dia kena strok tiba-tiba masa tengah memandu semasa dalam perjalanan untuk pergi Istimaq di Serdang pada hujung tahun 2018. Dahlah masa tu dekat highway nasib baik dia sempat tarik handbrake.

 

Nadhirrah (kiri) bersama kakak dan juga adik lelakinya.

“Ada orang perasan dan bawa abah pergi Hospital Serdang. Syukur Alhamdulillah masa tu tak ada insiden buruk berlaku,” katanya.

Ceritanya lagi, bapanya turut memberikan beberapa petanda sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

“Abah banyak beri tanda sebelum dia meninggal. Dia tiba-tiba berak banyak. Saya dan kakak juga kerap mimpi abah minta maaf.

“Ibu dan ummi (mak tiri) pun cerita mereka pernah dapat mimpi sama. Dalam mimpi tu abah banyak kali minta maaf,” katanya.

Dalam pada itu, gadis kelahiran Selayang, Selangor ini turut menyifatkan bapanya sebagai seorang yang tegas tetapi happy go lucky.

“Abah tak g4rang tapi tegas. Dia juga happy go lucky. Saya masih lagi ingat kalau nak ajak dia pergi mana-mana dia OK je.

“Banyak juga kenangan manis masa dengan dia terutamanya bila kami balik ke kampung halaman di Setiu, Terengganu masa kecik.

Antara komen netizen yang turut simpati dengan nasib menimpa Nadhirrah.

“Tapi saya rasa terkilan bila saya tak dapat jumpa abah pada hujung tahun 2018. Masa tu ada orang ketuk pintu rumah tapi saya tak berani buka ingatkan siapa. Bila buka je pintu tengok abah sangkut roti canai pada tombol pintu,” katanya.

Mengenai perkongsiannya yang tular itu, Nur Nadhirrah berkata dia sekadar meluahkan perasaan sedihnya di Twitter miliknya itu.

“Saya sebenarnya nak kongsi kisah pemergian abah pada hari pertama sekolah dibuka. Tapi tak sangka pula viral.

“Alhamdulillah ramai yang memberi kata-kata semangat. Saya juga bersyukur kerana ramai mendoakan abah,” katanya.

Jenazah bapa Nur Nadhirrah selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Selayang Baru, Selangor pada tengah hari Rabu lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Baru 10 Minit Belajar…“ – Hari Pertama Sekolah Selepas PKP, Pelajar Sempat Beritahu Rakan ‘Tak Sedap Hati’ Sebelum Ibu Datang Bawa Berita Dvka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*