Dikej4r Anjing Waktu Jogging, Hawa Rizwana Selamatkan Diri Naik Kereta ‘Stranger’

Pembaca berita dan personaliti tv, Hawa Rizwana Redzuan ada berkongsi detik cem4s ketika sedang melakukan aktiviti ‘jogging’ pada Jumaat.

Menurut Hawa, ketika dia sedang berlari, dia terserempak dengan sekumpulan anjing lalu cuba untuk mengej4rnya.

“Tadi nak jog, lepastu nampak anjing banyakk.

“Cuba teruskan, lepastu anjing anjing tu kej4r, i pun lari la,” tulisnya.

Kisah mendebarkan itu dikongsikan oleh pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Bagaimanapun, detik cem4s itu terhenti selepas ada insan yang berhati mulia kebetulan melalui kawasan tersebut mengajak Hawa menaiki keretanya lalu dibawa ke tempat yang lebih selamat.

“Alhamdulillah ada kereta stop, i masuk kereta tu.

“Nasib baik la insan yang mulia tumpangkan ke tempat lebih selamat.

“May Allah bless you,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hawa turut merakamkan ucapan terima kasih buat individu yang telah menyelamatkanya itu selain turut mendoakannya supaya dia sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Hawa supaya jogging di kawasan yang lebih selamat dan seeloknya bawalah teman.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Dikej4r Anjing Waktu Jogging, Hawa Rizwana Selamatkan Diri Naik Kereta ‘Stranger’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*