“Doa Supaya Tidak Buka Lagi” – Isu Kembali Bertudung, Fathia Latiff Ditvduh Cari Publisiti Dan Untuk Tawaran Berlakon?

Pelakon Fathia Latiff menafikan keputusannya untuk kembali memakai tudung untuk mencari publisiti atau mendapatkan tawaran berlakon.

Fathia sebaliknya menjelaskan ‘penghijrahan’ tersebut adalah urusan antara dirinya dengan Allah sahaja.

“Saya takut sebenarnya bila orang cakap saya nak pakai tudung sebab publisiti.

“Ramai rakan wartawan tanya tapi saya pun tak suka publisiti. Tapi mestilah saya kena kerjasama juga dengan mereka.

“Terpulang pada orang ramai nak percaya atau tidak, itu terpulang,” katanya.

Menurut Fathia, secara jujurnya bukan mudah untuk dia menerima kecaman daripada netizen.

“Tapi saya dah selalu kena kecam. Siapa yang tak nak buat baik kan.

“Jujur saya cakap bukan senang. Saya akan cuba sedaya upaya bukan sebab orang lain tapi kerana Allah dan diri sendiri.

“Saya berdoa supaya tak buka tudung lagi lepas ni, tetap istiqomah dan doa baik-baik saja,” katanya.

Fathia berkata demikian dalam program terbaru terbitan Astro Gempak, Lancaang Bethol.

Program berkenaan bersiaran setiap hari Khamis jam 10 malam.

Anda boleh lihat di sini untuk video penuh.

Untuk rekod, Fathia pernah mencetuskan kontroversi apabila kembali membuka tudung pada tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Doa Supaya Tidak Buka Lagi” – Isu Kembali Bertudung, Fathia Latiff Ditvduh Cari Publisiti Dan Untuk Tawaran Berlakon?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*