Fynn Jamal Dikecam Salahkan Penampilan Wanita Punca Gangguan Seksval

Seperti diketahui isu gangguan seksval dan rog0l bukanlah perkara baru kita dengar. Saban hari ada sahaja kes dilaporkan, malah lebih menyedihkan ada yang menyalahkan mangs4 punca perkara itu berlaku.

Baru-baru ini, seorang netizen meminta Fynn Jamal supaya mendidik pengikutnya dengan lebih baik mengenai isu rog0l selain turut mendidik dirinya juga. Bagaimanapun, reaksi diberikan Fynn Jamal ternyata mengejvtkan dan menimbulkan kemarah4n netizen.

 

Menerusi Insta Story, Fynn berkata permintaan untuk tidak menyalahkan m4ngsa rog0l ini adalah ajaran barat semata. Ujarnya, tindakan wanita yang memuat naik gambar profil lawa-lawa dan comel sebenarnya menjemput nafsv lelaki.

Tambahnya lagi, tidak semestinya mereka yang dirog0l tetapi perbuatan itu menyumbang risiko kepada wanita lain berada berdekatan yang akan menjadi mangs4 lelaki bernafsu binatang.

Berterusan menunding jari kepada wanita kerana memuat naik gambar comel, Fynn turut berkata tidak perlu berpura-pura kerana gambar tersebut sebenarnya adalah untuk menarik perhatian.

Apa yang membuatkan netizen lebih berang apabila Jamal menyatakan bahawa kononnya Rasulullah pernah berpesan kepada para isteri supaya ‘standby’ sahaja jika si suami mahu bersama apabila pulang ke rumah.

Perkongsian Fynn itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan mereka yang bertudung labuh dan berhijrah juga tidak terlepas daripada diuji. Kata netizen lagi, mereka yang sudah berhijrah ke arah lebih baik, hati mereka pula yang akan diuji.

Netizen berkata jika seseorang itu telah berhijrah tidak bermakna diri mereka sudah cukup sempurna sehingga boleh sesuka hati mengambil alih kerja Tuhan.

Ini bukan kali pertama berlaku, sebelum ini Fynn ditegur oleh pendakwah berikutan soal jawab berkaitan agama dari pengikutnya di Instagram. Malah, Fynn pernah mencetuskan kontroversi gara-gara menyamakan solat lelaki dan wanita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Fynn Jamal Dikecam Salahkan Penampilan Wanita Punca Gangguan Seksval"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*