Kerap Main Pintu & Asyik Berdengus, Ini Kisah Ser4m Rumah Sewa Batu Pahat, Johor

Salam Kak Gee, nama saya Zaf berusia 26 tahun dan baru saja menetap di Batu Pahat, Johor atas urusan kerja.

Masalahnya sekarang ‘housemate’ saya yang tinggal bersama terpaksa keluar berpindah ke negeri lain.

Entah mengapa sejak beberapa minggu ini saya terasa lain macam di rumah.

Terasa seperti ada yang makhlvk lain yang ‘tinggal’ bersama saya.

Tidak pasti hanya mainan perasaan atau sebaliknya tapi saya kerap mengalami mimpi burvk dan terjaga di tengah-tengah malam.

Mimpi ada di rumah lama lah, mimpi ular, tikus, dikejar lemb4ga hitam dan. macam-macam lagi.

Paling teruk saya pernah kena apabila terjaga jam 3 pagi kerana terkejut mendengar ketukan pintu di bilik atas.

Selain pintu kerap juga saya terdengar bunyi guli dan seperti ada ‘seseorang’ yang berdengus. Bunyi orang bernafas yang kuat.

Ser4m Kak Gee!

Ye lah siapa tahan bila tengah malam je dia dah start ‘berpesta’ kat bilik atas.

Apa yang saya perlu buat Kak Gee.

Jawapan :

Walaikumsalam Zaf,

Perkara seperti ini memang sukar kita elak, benda gh4ib yang kita sendiri tidak nampak dengan mata kasar.

Namun, sebagai umat Islam kita harus percaya syaitan & jin itu wujud untuk mengacau hidup manusia.

Terus terang Kak Gee bukanlah pakar dalam bab ini, namun Kak Gee nasihat berdasarkan pengalaman pernah Kak Gee alami juga ketika zaman remaja dahulu.

Selalunya jika berlaku perkara sebegini individu paling tepat untuk kita minta bantuan adalah ustaz dan ilmuan agama.

Selalunya mereka akan menasihatkan kita supaya rajinkan bersembahyang dan banyakkan berzikir.

Minta pertolongan daripada Allah dan beranikan diri.

Perkara lain boleh Zaf buat adalah mencari ‘housemate’ baru untuk memeriahkan lagi rumah.

Kalau ramai, mungkin rasa takvt itu kurang.

Namun, jika ia diluar kemampuan, Zaf juga boleh meminta pertolongan mana-mana di cawangan Darul Syifa berdekatan.

Insya-Allah perkara ini dapat diselesaikan.

Itu kisah Zaf, bagaimana pula dengan kisah ser4m yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah ser4m pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.

Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kerap Main Pintu & Asyik Berdengus, Ini Kisah Ser4m Rumah Sewa Batu Pahat, Johor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*