“Such A Humble Person” – Hasrat Tercapai, Farhan Asri Dah Lama Simpan Impian Nak Berlakon Dengan Fattah Amin…

Hasrat pelakon baru, Farhan Asri untuk bekerjasama dengan aktor popular Fattah Amin akhirnya menjadi kenyataan.

Farhan yang merupakan naib johan pencarian Hero Remaja 2017 menyatakan dia kagum dengan kejayaan Fattah yang bermula sebagai juara Hero Remaja 2012.

“Hero Remaja senior and Hero Remaja junior! Dari awal masa Hero Remaja teringin nak berkerja dengan abang Fattah @fattahaminz finally Alhamdulillah dapat kerja sekali dalam satu drama Pink Smile.

“Such a humble person and very professional on set! Paan selalu ikut perkembangan abang Fattah dan pemenang Hero Remaja lain yang berjaya menempatkan diri dalam industri seni,” dedahnya.

Dalam pada itu, Farhan mengakui perjalanan menempa nama dalam bidang seni bukanlah sesuatu yang mudah.

“Paan tahu this journey is not easy tapi tiada apa yang mustahil kalau kita tak henti berusaha dan tidak mengalah.

“Kalau mereka boleh berjaya, begitu juga Paan. Betul? Terima kasih @creativeskillsolution for this amazing oppurtunity,” tulisnya lagi.

Selain Farhan dan Fattah, drama bersiri Pink Smile turut dibintangi oleh Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Such A Humble Person” – Hasrat Tercapai, Farhan Asri Dah Lama Simpan Impian Nak Berlakon Dengan Fattah Amin…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*