Berkumur air garam boleh kurang risiko jangkitan Covid-19?.. Jika benar ia jadi pilihan mudah dan murah

UNIVERSITI Edinburgh bakal menjalankan satu kajian bagi menguji kesahihan sama ada air garam dapat mengurangkan simpton jangkitan Covid-19.

Menurut kajian lepas, air garam mampu mengurangkan tempoh batuk yang dialami sehingga dua hari.

Hasil kajian tersebut juga mendapati berkumur dengan air garam dapat mengurangkan simptom batuk dan kesejukan daripada terus melarat.

Pasukan penyelidikan di universiti tersebut telah mengumpul sekumpulan sukarelawan yang mempunyai simptom atau sudah dijangkiti Covid-19 untuk mengkaji sama ada berkumur dengan air garam boleh meningkatkan tahap antiviral dalam badan.

Sehingga kini pakar kesihatan masih kabur mengenai pelbagai simptom koronavirus dan pesakit yang menunjukkan tanda-tanda awal dinasihatkan untuk mengambil paracetamol dan ibuprofen.

Saintis di Edinburgh kini mahu mengkaji sama ada air garam antara pilihan paling murah untuk membantu orang ramai menghindari simptom awal jangkitan serta mengurangkan daripada terus menjadi lebih serius.

Sebelum ini kajian Elevis (Edinburgh and Lothians Viral Intervention Study) memperolehi hasil positif apabila kerap berkumur dengan air garam.

Kajian tersebut yang diterbitkan tahun lalu mendapati, tempoh individu batuk berkurangan hanya kepada dua hari selepas kerap berkumur dengan air garam.

Garam mungkin digunakan dalam sel tubuh untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil ‘hypochlorous acid’ yang didapati dalam peluntur dan dapat membunuh virus.

Pengarah Institut Usher Universiti Edinburgh, Profesor Aziz Sheikh, memberitahu: “Kami kini menjalani kajian air garam kepada mereka yang disyaki atau disahkan Covid-19, dan berharap ia akan terbukti menjadi langkah yang berguna untuk mengurangkan kesan dan penyebaran jangkitan.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Berkumur air garam boleh kurang risiko jangkitan Covid-19?.. Jika benar ia jadi pilihan mudah dan murah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*