Gadis Curang Mahu Peluang Kedua -“Saya Kantoi Keluar Dengan Kawan Baik Dia”

Salam Kak Gee.

Saya ada masalah yang mahu saya luahkan kepada Kak Gee.

Sama macam lagu popular Nabila Razali yang berjudul Peluang Kedua, macam tu juga situasi saya sekarang.

Saya cur4ng dengan teman lelaki saya. Semenjak PKP, kami jarang berjumpa.

Saya terperap di rumah tetapi BF saya sibuk kerja kerana dia salah seorang frontliner.

Akib4t bosan, saya mula melayan si T, kawan baik BF saya.

Lama kelamaan saya seronok dengan T dan akhirnya, kami keluar dating dua minggu selepas Raya di sebuah shopping mall.

Nak dijadikan cerita, kantoi pulak dengan BF saya kerana dia juga pergi ke shopping mall yang sama dengan dua orang adiknya.

Saya kantoi keluar dengan teman baik BF, depan-depan mata.

Masa tu, pucat betul muka saya, kalau t0reh pun mesti tak keluar dar4h!Selepas itu, saya akhiri hubungan dengan T dan kembali menag1h cinta BF saya.

Masalahnya, dia tak layan saya langsung Kak Gee.

Sejujurnya, saya menyesal Kak Gee dan mahukan peluang kedua. Tolong saya Kak Gee!

Zaza

JAWAPAN:

Salam Zaza. Kak Gee doakan Zaza sentiasa selamat.

Benar kata orang, jika kita kehilangan sesuatu, barulah kita akan menyesalinya.

Begitu juga apa yang sedang berlaku antara Zaza dan teman lelaki.

Zaza harus menyesali perbuatan ini dan berjanji dengan diri sendiri agar tidak bersikap curang lagi.

Jika Zaza masih mahukan teman lelaki Zaza, tunjuklah kesungguhan untuk memenangi hatinya semula.

Dengan ikhlas dan rendah hati, mohon maaf kepada teman lelaki Zaza dan sesal1 apa yang Zaza lakukan.

Jika dia tak layan Zaza, cuba lagi.

Berusaha untuk memujuk hatinya dan katakan kepadanya Zaza benar-benar menyesal.

Jika Zaza ikhlas memujuk, pastinya teman lelaki Zaza mahu menyambung semula perhubungan anda berdua.

Pesan Kak Gee, ikhlaslah dalam perhubungan dan jauhi kecur4ngan.

Jangan buat perkara yang anda tak gemar orang lain buat kepada anda.

Itu kisah Zaza, bagaimana pula dengan kisah ser4m yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akib4t ganggvan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.

Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Gadis Curang Mahu Peluang Kedua -“Saya Kantoi Keluar Dengan Kawan Baik Dia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*