”Isteri Perlu Bersiap Sedia Melayan Nafsu Suami”-Fynn Jamal Dikec4m Lagi!!!

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai Fynn Jamal berhubung pandangannya berkenaan isu seks dan rog0l dari sudut Islam. Malah, sebelum ini Fynn berkata tindakan wanita memuat naik gambar profil lawa-lawa sebenarnya menjemput nafsu lelaki.

Terbaru, seorang netizen tidak dapat menerima kenyataan Fynn yang berkata bahawa seorang isteri perlu bersiap sedia untuk melayan nafsu seks si suami. Fynn turut menyamakan peranan isteri seperto seorang anggota ‘bomba’.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan Insta Story, Fynn menceritakan kuliah agama yang dihadirinya dimana air mani dikatakan berasal dari elemen api. Disebabkan itu amat penting bagi isteri-isteri menjadi bomba kepada ‘api’ sang suami.

Malah, netizen itu turut mempersoalkan kembali adakah seseorang perempuan perlu melayani nafsu perog0l hanya kerana sedang ‘terbakar’.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang turut mengecam kenyataan Fynn itu walaupun hujah serta keterangan merujuk Al-Quran dan hadis turut dikongsikan di laman sosial Fynn bagi menjawab isu berkenaan.

Netizen juga turut merasa kasihan dengan kaum wanita kerana bukan sahaja perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan membuat kerja rumah tetapi turut menjadi ‘bomba’.

Dalam perkongsian sebelum ini, Fynn ada menyatakan bahawa kononnya Rasulullah pernah berpesan kepada para isteri supaya ‘standby’ sahaja jika si suami mahu bersama apabila pulang ke rumah.

Sementara itu, antara dikalangan netizen menggesa agar orang ramai mengikuti sidang video Fynn dengan selebriti Caprice semalam bagi menyelesaikan salah faham yang ditimbulkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Isteri Perlu Bersiap Sedia Melayan Nafsu Suami”-Fynn Jamal Dikec4m Lagi!!!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*