”Pengurus Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga” -Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran

Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran telah menjadi tanda tanya orang ramai ekoran pelbagai spekulasi yang timbul.

Meskipun pasangan ini masing-masing belum tampil memberi pencerahan, namun pengurus Laudya yang dikenali sebagai Emily ada membuat kenyataan mengenai perkara itu.

Menurut Emily, dia tidak tahu menahu mengenai khabar angin tentang masalah rumah tangga pasangan terbabit.

“Saya tidak tahu menahu mengenai hal itu,” katanya ringkas ketika dihubungi media di Indonesia.

“Saya tak tahu, saya juga belum sempat untuk menghubungi Laudya,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Emran bertindak menukar ‘default picture’ (DP) di akaun Instagram yang tidak lagi memperlihatkan isterinya itu.

Pada masa yang sama, ada juga kabar angin mengatakan Bella telah menjual kediaman mereka di Jakarta Selatan akibat mengalami masalah kewangan.

Walaubagaimanapun, semua spekulasi ini hanya kekal menjadi kabar angin selagi Laudya dan Emran masih mengunci mulut mengenai situasi sebenar yang dihadapi mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Pengurus Tampil Beri Komen Isu Rumah Tangga” -Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*