Aedy Ashraf Akui Wajah Pemain Kedah FA Ada Irasnya… “Semoga Dia Lebih Semangat Main Bola”

Pelakon Aedy Ashraf terhibur apabila ada yang menyamakan pemain muda Kedah FA, Aiman Afif Md Afizul mirip wajahnya.

Tidak menolak punyai sedikit persamaan, kata Aedy foto yang tular di Internet harap dapat menyuntik semangat kedua-dua belah pihak.

“Saya tengok adalah muka kami iras-iras sikit…

“Ia satu perkara yang baik juga dan saya harapkan kedua-dua pihak akan lebih dikenali dalam bidang masing-masing.

“Kami daripada dua bidang yang berbeza dan saya pun minat sukan bola sepak. Cuma dia pemain bola sepak profesional kalau nak bandingkan dengan saya.

“Semoga apa yang viral ini membuatkan dia lebih bersemangat untuk main bola selepas ini,” katanya kepada Gempak.

Tambah Aedy, dia terkejut pada mulanya apabila ada beberapa akaun di media sosial menyamakan wajahnya dengan Aiman Afif.

“Saya bangun pagi tu tiba-tiba tengok ada ramai yang tag akaun saya, kata dari pelakon sekarang dah main bola.

“Daripada situ baru saya sedar orang bercakap tentang perkara itu. Saya gelak sajalah,” tambah Aedy.

Dalam perkembangan terbaru, Aedy kini sedang giat mengusahakan perniagaan makanan berasaskan hidangan ayam, Thick Chick.

“Bermula sejak Ramadan lalu, perniagaan ini mendapat permintaan luar biasa daripada pembeli.

“Thick Chick merupakan hidangan inovasi baharu berasaskan ayam golek yang dipanggang yang lebih murah dan menyihatkan,” ujarnya.

Thick Chick kini beroperasi di Podium Penchala dan turut dijual secara atas talian (online).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Aedy Ashraf Akui Wajah Pemain Kedah FA Ada Irasnya… “Semoga Dia Lebih Semangat Main Bola”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*