Ape Dah Jadi Ni…? -Kerajaan Bertindak Ke Atas Pelaku Ubah Jata Negara

Individu yang dikaitkan dengan penerbitan sebuah buku yang didakwa mengh1na Jata Negara tidak akan terlepas dari dikenakan hukuman.

Kertas siasatan kes itu telah dibuka selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima beberapa laporan berhubung tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit.

Tindakan segera oleh polis itu selaras dengan arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang meminta PDRM untuk bertindak segera menangani kes itu.

Hamzah berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan tindakan tidak patriotik dan bertanggungjawab dan boleh mencetuskan kemarahan umum.

Beliau berkata perbuatan itu adalah bertentangan dengan Seksyen 3 (1)(a) Akta Lambang dan Nama (1963) yang memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang meniru lambang yang serupa lambang kerajaan Persekutuan, Jata Negara.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata mereka yang terlibat dalam penghasilan buku itu termasuk penerbitnya akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Dengan paparan sebuah logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka hadapan, buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang disunting oleh penulis Kean Wong itu mendapat kecaman selepas iklan mengenainya tukar di media sosial.

Lukisan mirip Jata Negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta mengubah suai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Ape Dah Jadi Ni…? -Kerajaan Bertindak Ke Atas Pelaku Ubah Jata Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*