Fenomena ‘How You Like That’, Blackpink Pecah Rekod YouTube, Spotify

KUMPULAN Kpop terkenal Blackpink pecah rekod aplikasi strim Spotify dengan hit terbaru mereka, How You Like That.

Single tersebut menduduki tempat kelima carta harian Global Top 50, Spotify pada Khamis lalu, sekaligus menetapkan rekod baharu untuk kumpulan muzik kategori wanita secara keseluruhan.

How You Like That kini merupakan lagu Kpop dengan kedudukan carta paling tinggi dalam sejarah Spotify.

Sebelum ini, BTS memegang rekod kedudukan tempat ketiga dalam kategori sama.

Dalam perkembangan yang sama, single ini juga terjual lebih satu juta di platform muzik China iaitu QQ dalam masa 24 jam.

Ia merupakan lagu Kpop pertama yang memecah rekod tersebut.

How You Like That juga menduduki tempat tertinggi di carta muzik iTunes di 56 negara, termasuk Amerika Syarikat.

Malah, single berkenaan turut mencipta rekod lagu baharu terpantas mencapai jumlah tontonan 50 juta di YouTube.

Blackpink hanya mengambil 11 jam 25 minit untuk mencapai angka tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Fenomena ‘How You Like That’, Blackpink Pecah Rekod YouTube, Spotify"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*