“Kalau Ulama, Ahli Soleh Tegur Silap Kita Jangan Melenting”

Sebut sahaja nama Pencetus Ummah (PU) Amin, pasti ramai tahu pendakwah itu sememangnya cukup lantang dalam menyampaikan dakwah Islam lebih-lebih lagi isu melibatkan golongan pondan dan LGBT.

Menerusi perkongsian Instagram, PU Amin menasihati orang ramai agar sentiasa mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan guru yang boleh memberi bimbingan dalam hidu. Ujarnya, zaman sekarang ramai yang seolah-olah mula menjauhkan diri dari golongan ilmuwan.

 

View this post on Instagram

 

Dalam hidup ni carilah guru. Cari Ulama yang boleh bimbing kita. Akhir zaman ni orang ramai jauh dari guru dan ahli soleh. Mata kita terhijab dari mengenal ahli soleh dan ulama.. . Dekat kan diri dengan mereka, kerana kita akan dapat banyak ilmu. Kerana kita akan dapat keberkatan dari mereka. Biasakan cari guru, jangan guru datang jumpa kita.. . Dalam hati kena sayang Ulama, sebab Ulama itu pewaris Nabi. Akhir zaman ni para ulama akan ramai dimatikan Allah, maka itu tanda ilmu hilang dari dunia ini. Segeralah cari Ulama, kalau ulama , ahli soleh tegur silap kita jangan melenting, dengar lah, muhasabah.. . Bila jumpa orang soleh minta mereka doakan kita. Itu adab dan akhlak bila jumpa ulama dan ahli soleh. Ya Allah jagalah dan peliharakan lah Para Guru dan Ulama kami yang telah pergi.. . Kenangan bersama Al Marhum Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus. Ustaz senyum dan terus bagi nasihat. Ustaz kata jaga anak baik baik. Akhir zaman banyak bahaya. Ustaz kata lagi, hiburan yang ada hari ni sangat menakutkan, jaga jaga kata ustaz.. . Dato Ismail Kamus pergi hari Jumaat juga. Moga Allah temukan kita di Syurga. Alfatihah, mari kita bacakan buat Al Marhum Tuan Guru.

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

“Dalam hidup ni carilah guru. Cari ulama yang boleh bimbing kita. Akhir zaman ni orang ramai jauh daripada guru dan ahli soleh. Mata kita terhijab dari mengenal ahli soleh dan ulama.

“Dekatkan diri dengan mereka, kita akan dapat banyak ilmu kerana kita akan dapat keberkatan daripada mereka. Biasakan cari guru, jangan guru datang jumpa kita,” katanya.

PU Amin berkata di akhir zaman ini ramai para ulama dimatikan oleh Allah dan itu adalah tanda banyak ilmu sudah hilang dari dunia. PU Amin turut berpesan setiap apa yang ditegur oleh golongan ulama hendaklah diambil sebagai satu pengajaran.

“Akhir zaman ni para ulama akan ramai dimatikan Allah, maka itu tanda ilmu hilang dari dunia ini. Segeralah cari ulama. Kalau ulama, ahli soleh tegur silap kita jangan melenting, dengarlah, muhasabah,” katanya.

Dalam entri tersebut, PU Amin turut berkongsi fotonya berpeluang bertemu dengan pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus ketika hayatnya. Allahyarham sempat memberikan pesanan padanya agar menjaga anak baik-baik kerana dunia akhir zaman ini banyak bahayanya.

“Kenangan bersama Al Marhum Tuan Guru Datuk Ustaz Ismail Kamus. Ustaz senyum dan terus bagi nasihat. Ustaz kata jaga anak baik baik. Akhir zaman banyak bahaya. Ustaz kata lagi, hiburan yang ada hari ni sangat menakutkan, jaga jaga kata ustaz,” tulisnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Kalau Ulama, Ahli Soleh Tegur Silap Kita Jangan Melenting”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*