Selepas 47 Tahun ‘Mencuba’, Wanita Dilapor Lahirkan Zuriat Pertama Pada Usia 64 Tahun

Seorang wanita di Uganda telah melahirkan anak pertamanya pada umur yang mencecah pertengahan 60-an setelah puluhan tahun mencuba mendapatkan zuriat. Wanita yang bernama Safinah Namukwaya sangat teruja untuk menjaga bayi perempuan yang diberi nama Sarah.

Wanita ini  menjadi bualan para doktor di negara itu kerana berjaya melahirkan bayi selepas hanya sekali mejalani rawatan IVF walaupun telah berusia 64 tahun.

Safina telah lama menyimpan hasrat untuk mempunyai anak sendiri sejak perkahwinan pertamanya pada tahun 1973. Sebelum ini beliau pernah disahkan doktor mengandung namun kandungan beliau berada diluar rahim dan tidak dapat diselamatkan.

Dia berkawin lagi dengan Badru Walusimbi pada tahun 1996 namun harapannya untuk hamil sangat nipis kerana telah putus haid ketika berusia 45 tahun.

Namun, pada Mac tahun lalu, dia menerima saranan doktor dari Hospital Antarabangsa dan Pusat Kesuburan di Bukoto, Kampala untuk menjalani rawatan IVF.

Dr Edward Tamale Ssali, pengarah hospital berkenan menjelaskan kepada Daily Monitor bagaimana mereka membantu para ibu untuk mengandung “Apa yang kami lakukan adalah, sel telur disenyawakan di luar dan ketika embrio mula terbentuk kami memasukkannya kembali ke dalam rahim ibu.”

“Safina bernasib baik kerana percubaan pertamanya berbuahkan hasil kerana sesetangah wanita yang mendapatkan rawatan IVF terpaksa menjalani beberapa kali percubaan,” tambahnya.

Sarah telah dilahirkan melalui pembedahan caesar pada Khamis lalu selepas Safina mengalami sakit perut, tekanan darah yang tinggi, kesukaran bernafas dan bengkak pada bahagian kaki semasa usia kandungannya mencapai 8 bulan.

Melalui temubual bersama media, dia mengatakan “Saya benar-benar teruja dan seperti tidak percaya. Saya bersyukur kepada Allah kerana akhirnya saya menjadi ibu dengan rahmatNya”.

Tahun lalu, pakar perubatan di India gempar kerana seorang wanita berumur 75 tahun melahirkan bayi perempuan selepas berjaya hamil melalui rawatan IVF dengan suaminya yang berusia 80 tahun.

Sementara itu, seorang wanita berusia 67 tahun di China memecahkan rekod pada tahun lalu selepas berjaya  melahirkan seorang bayi perempuan secara semula jadi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Siakap keli

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Selepas 47 Tahun ‘Mencuba’, Wanita Dilapor Lahirkan Zuriat Pertama Pada Usia 64 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*