Stacy Tak Izinkan Anak-Anak Bermain Di Luar Rumah

Meskipun kerajaan sudah memberikan banyak kelonggaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), bagaimanapun Stacy Anam enggan mengambil risiko untuk membawa anak-anaknya melakukan aktiviti diluar.

Menurut Stacy, walaupun dibenarkan untuk membawa anak keluar rumah, namun buat masa ini dia hanya membenarkan dua orang anaknya iaitu Bella De Luna Valentina, 8 dan Eshaal kini berusia tiga tahun bermain di rumah sahaja.

“Kalau ikutkan memang kerajaan dah benarkan ibu bapa bawa anak keluar rumah tapi saya tak berani lagi nak bawa anak-anak lakukan aktiviti luar. Sebab mereka dalam golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak COVID-19 ini.

“Jadi saya tak mahu mengambil risiko itu. Memang kesian lihat mereka tak dapat keluar rumah,” katanya kepada mStar Online.

Mengkaui kasihan melihat kedua anaknya itu hanya berkurung dan bermain di rumah sahaja namun Stacy berkata ia dilakukan demi keselamatan dan kesihatan mereka. Malah, Stacy turut menjadikan rumah tempat permainan untuk mengelakkan anak-anaknya daripada rasa bosan.
“Memang kesian melihat mereka tak dapat keluar rumah. Tapi demi keselamatan, saya terpaksa juga biarkan mereka bermain di dalam rumah sahaja. Saya jadikan rumah tampat permainan mereka supaya tak rasa bosan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Stacy Tak Izinkan Anak-Anak Bermain Di Luar Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*