“Dirog0l Dan Diperk0sa”-Doktor tak akan lupa kisah wanita OKU diperk0sa hingga lahirkan anak, beng4ng wanita dipersalahkan –

ISU berkaitan rog0l menjadi topik hangat yang diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ia menjadi perdebatan hebat dalam kalangan netizen selepas ada pihak yang mendakwa kononnya golongan wanita menjadi salah satu punca jen4yah seksval ini berlaku.

Malah baru-baru ini dua selebriti iaitu Caprice dan Fynn Jamal turut membahaskan isu berkenaan menerusi siaran langsung (live) di Instagram, susulan pandangan yang diutarakan oleh usahawan dan bekas penyanyi wanita itu di platform media sosialnya.

Terpanggil untuk mengulas mengenai isu yang sama, seorang doktor tampil membuat satu coretan di Facebook dengan berkongsi sebuah kisah berdasarkan pengalamannya sendiri.

Dalam posting tersebut, Dr Rusyainie Ramli berkata, walaupun kisah berkenaan sudah 17 tahun berlalu, ia tetap segar dalam ingatannya sehingga hari ini.

Mengimbas kembali kisah tersebut, Dr Rusyainie berkata ketika itu dirinya masih lagi di dalam ‘housemanship’ dan pada malam ins1den itu, dia ditugaskan di dewan bersalin.

“Dewan bersalin malam tu penuh juga. Jerit4n dan raung4n mak-mak yang nak melahirkan bayi ni adalah bunyi normal buat kami yang bekerja di situ.

Wanita OKU tersebut disyaki dirog0l sehingga akhirnya melahirkan seorang bayi. Gambar sekadar hiasan.

“Malam tu, bila troli ditolak masuk ke dalam dewan bersalin, saya dikejvtkan dengan tangis4n dan rengek4n yang agak kuat. Saya terus ke depan. Masa tu hanya seorang houseman bertugas kalau oncall, dan setiap kes baru masuk, sayalah doktor pertama menghadirinya.

“Terbaring di atas katil yang ditolak tu, ada seorang wanita yang tarafnya OKU (Orang Kelainan Upaya). Mentally challenged. Rupa-rupanya dia dibawa dari rumah dengan ambulans, setelah dia melahirkan bayi tanpa diduga,” tulisnya.

Menurut doktor berkenaan, wanita tersebut ditemani ibunya yang ketika itu masih lagi bingung untuk ‘menghadam’ tentang apa sebenarnya yang menimpa anaknya sehingga secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi.

“Terketar-ketar suaranya menceritakan yang pada malam tu, anaknya mengadu sak1t pada abdomen. Punyalah si anak berguling-guling, meronta-ronta, meraung-raung bagai sambil memegang abdomennya.

“Habislah sebotol minyak angin disapu untuk mengurangkan intensiti sakitnya. Tu saja usaha yang dia tahu. Dan tak semena-mena, anaknya tu, mengangkang dan dalam posisi itu, dalam keadaan kelam kelibut, seorang bayi dilahirkan. Hampir pengs4n mak. Pucat lesi dia.

Dr Rusyainie kini berkhidmat sebagai seorang doktor bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Bayangkan betapa pan1knya dia melihat situasi yang langsung dia tak sangka. Menyaksikan perkara sebegitu luar jangkaan, dia terus menelefon 999,” tulisnya.

Tambah doktor tersebut, menerusi penceritaan ibu pesak1t, anaknya memang jenis badan berisi namun sedikit pun tidak terlintas di mindanya yang anaknya hamil apatah lagi dalam usia awal 20-an dan belum lagi berkahwin.

“Anak itu tidak bekerja. Hanya tinggal di rumah. Ada jugalah dia berkeliaran keluar rumah. Tapi dia tak punya kawan pun,” ceritanya.

Menurut Dr Rusyainie, pesakit berkenaan mengalami koyak4n pada perineum (kawasan antara vag1na dan dvbur) kerana bersalin dengan teknik yang tidak betul, selain ur1nya masih lagi tertinggal di dalam rah1m.

Adakah dengan ketidakupayaan mental dia, tu menjadi salah dia juga kerana dia dirog0l? Ada lagi pihak yang masih meletakkan beban kesalahan tu pada mangs4 dan bukan pada pemangs4.
“Malangnya, dengan keadaan pesakit yang begitu tak memberikan kerjasama, dengan pekikan yang tak kunjung senyap, nak memeriksanya dah hampir mustahil. Mujur sekali, bayinya dalam keadaan sihat. Comelnya bayi tu.

“Kami terpaksa mendapatkan kebenaran dari mak pesak1t untuk mengeluarkan ur1 dan juga memeriksa pesak1t di bilik bed4h dengan pes4kit diberikan bius penuh.

“Akhirnya, setelah segala urusan dibuat, pesakit dibawa ke dewan bedah pula. Luka di perineum dapatlah dijah1t dengan mudah. Keadaan pes4kit pun stabil,” ceritanya.

Justeru, kata Dr Rusyainie, berdasarkan kes yang dikendalikannya itu, adalah tidak adil untuk menyalahkan wanita OKU berkenaan sebagai punca sehingga dia menjadi mangs4 manusia rakuvs.

Mangsa jenayah seksval berdepan dengan travma yang teruk akibat traged1 hitam yang menimpa mereka. Gambar sekadar hiasan.

“Adakah dengan ketidakupayaan mental dia, tu menjadi salah dia juga kerana dia dirog0l? Ada lagi pihak yang masih meletakkan beban kesal4han tu pada mangs4 dan bukan pada pemangs4.

“Kononnya pakaiannya atau kelakuannya tu seakan sengaja membuka peluang untuk dia diser4ng secara seksval oleh lelaki kepar4t.

“Sungguh tak adil. Sangat kej4m sebenarnya. Trauma yang dialami mangs4 bukan sikit. Selagi hayat dikandung badan, selagi tulah peristiwa gelap tu menghantu1 hidupnya. Mereka yang dirog0l adalah mangs4. Titik,” tulisnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Dirog0l Dan Diperk0sa”-Doktor tak akan lupa kisah wanita OKU diperk0sa hingga lahirkan anak, beng4ng wanita dipersalahkan –"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*