Elfira Loy Habiskan RM2,000 Untuk Beli Pakaian & Kasut Untuk Sama Dengan Watak Boyish

Pelakon dan pengacara Elfira Loy mendedahkan dia memerlukan pakaian ‘boyish’ untuk penggambaran telemovie Rahsia Malam Jumaat.

Oleh sebab itu, Elfira menghabiskan RM2,000 untuk membeli ‘wardrobe’ bagi menjayakan karakter terbabit.

“Saya ada pengakuan untuk dibuat. Untuk penggambaran kali ini, saya kena banyak gila beli baju yang ‘boyish’.
“Jadi saya pergi Time Square untuk beli dan menghabiskan duit sebanyak RM2,000 untuk banyak barang.

“Kat situ palazo dan blouse banyak gila best best!! Untuk RM2,000 saya dapat baju satu luggage besar dan empat kasut gembira sangat,” katanya.

Pendedahan itu dibuat ketika menjawab ask me a questions semalam.

“Mana nak cari blouse dengan palazo cecantik,” tanya salah seorang peminat.

Menerusi salah sebuah entri di Instagram Elfira, pelakon genit itu turut berkongsi cerita serupa.

“Pergi membeli-belah di Time Square untuk merubah penampilan untuk lebih ‘boyish’. Masih berfikir apa yang patut saya lakukan dengan semua pakaian selepas habis penggambaran nanti? Hahaha almari dah penuh,” tulisnya.


Selain Elfira, telefilem Rahsia Malam Jumaat turut dijayakan oleh Janna Nick.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Elfira Loy Habiskan RM2,000 Untuk Beli Pakaian & Kasut Untuk Sama Dengan Watak Boyish"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*