“Hilang Lawak Cuma Tangisan Air Mata” – Zizan Razak Menangis Ketika Melawat Puteri Nur Zulaika Di Hospital

Pelawak dan pengacara Zizan Razak, 36, tidak dapat menahan air mata ketika melawat seorang peminat cilik, Puteri Nur Zulaika, 10, yang menghidap jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Menurut Zizan, rancangan untuk menghiburkan hati anak kecil itu pada awalnya berubah kepada suasana hiba.

“Terima kasih adik Puteri ku sayang di atas doa yang benar buat pakcik Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke Hospital PD untuk melawat adik Puteri.

“Setibanya saya di sana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah.

“Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Berbagai soalan pada doktor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik Puteri dari keadaan sekarang.

“Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 3 turut membuat panggilan video kepada Johan Raja Lawak kerana Puteri meminati mereka.

Pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak itu menyeru agar semua orang mendoakan kesembuhan Puteri.

“Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik Puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya khabar. MashAllah.

“Kuat betul semangat adik Puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua pengikut saya untuk doakan supaya adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan segala urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin. Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. Amin,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Terima kasih adik Puteri ku sayang diatas doa yang benar buat uncle Zizan rasa sangat menusuk ke hati. Dari awal lagi Zizan rasa sayu ketika perjalanan menuju ke hospital pd untuk melawat adik puteri. Setibanya sy disana niat ingin hiburkan Puteri tetapi lain jadinya. Hilang lawak saya yang menitis cuma air mata yang mencurah. Ya Allah. Cuma Allah sahaja tahu perasaan saya ketika itu. Berbagai soalan pada doctor saya tanya untuk tahu bagaimana cara untuk pulihkan adik puteri dari keadaan sekarang. Mahu lihat peminat syurga Zizan ni sihat secepat mungkin. Dengan Kuasa Allah tiada yang mustahil. Ya saya yakin. Amin. Juga terima kasih pada @jozlynnhanania kerana sempat hiburkan adik puteri comel ini. Tak lupa pada @aedyxashraf sempat melayan dan bertanya kabar. MashAllah. Kuat betol semangat adik puteri untuk terus berjuang untuk hidup. Saya benar benar menyeru buat semua followers saya untuk doakan supaya Adik Puteri Nur Zulaika supaya dipermudahkan selaga urusan dan kesihatan anak syurga ini sembuh secepat mungkin. Ya Allah makbulkanlah doa ini ya Allah. 😭😭😭😭😭❤️❤️❤️❤️ Amin..

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Be the first to comment on "“Hilang Lawak Cuma Tangisan Air Mata” – Zizan Razak Menangis Ketika Melawat Puteri Nur Zulaika Di Hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*