Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi beberapa tips untuk mendidik anak kembar.
Muszaphar berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Muszaphar, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengaw4l anak kembar kerana mereka kebiasaanya sangat aktif.
“Ramai yang bertanyakan kepada saya tips mahu memiliki anak kembar. Namun persoalannya adalah apakah yang perlu anda hadap1 sewaktu menguruskan anak kembar?
“Anak kembar memang sangat-sangat comel tetapi hanya Allah sahaja yang tahu seberapa banyak usaha, masa dan tenaga yang diperlukan untuk membesarkan mereka.
“Kesusahan berganda namun kegembiraan juga berlipat kali ganda dan semuanya sangat-sangat berbaloi. Alhamdulillah,” tulisnya.
Muszaphar juga turut memberikan senarai kriteria yang perlu ada bagi setiap ibu bapa yang mempunyai anak kembar.
2.Kedua-dua ibu bapa harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.
3.Anak-anak adalah yang paling utama berbanding perkara lain. Dahulukan anak-anak.
4.Anda akan kekurang4n waktu tidur sepanjang masa.
5.Anda memerlukan banyak tenaga sewaktu menguruskan anak kembar.
7. Anda perlu sentiasa berwaspad4 setiap masa.
8.Berkemungkinan memerlukan banyak kos dan anda perlu membuat simpanan namun, Insha Allah, rezeki akan datang.
9.Anda memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.
10.Dan yang paling penting anda haruslah menyayangi dan menyukai kanak-kanak.
Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Dalam perkembangan terbaharu, Dr Halina kini hamil anak kembar buat kali kedua.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "Mahukan Anak Kembar? Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Kriteria Ibu Bapa Mesti Ada"