pa Macam Batu, Ini Akibatnya Jika Sisa Minyak Masak Terus Dibuang Dalam Sinki Dapur

Minyak merupakan bahan yang paling penting dalam masakan lebih-lebih lagi masakan tempatan yang sememangnya menggunakan minyak bagi tiap masakan. Purata rakyat Malaysia menggunakan minyak masak adalah dalam anggaran 5 kg sebulan.

Ia merupakan angaran yang besar tambahan lagi minyak apabila sudah digunakan beberapa kali ia menjadi sisa buangan yang sering diabaikan cara pengurusannya. Rata-rata penduduk Malaysia membuang sisa minyak ke dalam singki rumah. Namun sebenarnya perbuatan ini hanya akan menyusahkan diri dan juga masyarakat setempat jika longkang atau pembentung tersumbat. Malah pencemaran juga terjadi jika sisa buangan ini di buang begitu sahaja melalui sinki.

Menurut Indah Water sisa-sisa buangan ini yang dikenali sebagai FOG ini akan mengeras dan perlu dikeluarkan untuk mengelakkan longkang atau pembentung tersumbat.

Lemak, minyak dan gris (FOG) adalah sisa yang terhasil daripada aktiviti penyediaan makanan, minyak masak, makanan bergoreng dan lain-lain.

Gambar di bawah menunjukkan akibat jika anda membuang sisa minyak masak ke dalam sinki dapur.

Oleh itu, bagi mengelakkan kejadian ini terjadi di kawasan tempat tinggal anda sisa buangan FOG mestilah dihapuskan mengikut cara yang betul. Ikuti tips yang disarankan oleh BKKM, JKN KEDAH.

1. Serahkan kepada pihak yang ada menyediakan khidmat kitar semula minyak

Apa kata daripada anda buang minyak masak terpakai di kawasan yang boleh menyebabkan pencemaran, lebih baiklah sekiranya anda jual kepada pihak berkenaan, bukan? Contohnya menjual kepada Akademi Tahfiz Al’ Hira dan Kelab Belia Sentosa di Batang Kali atau di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penghasilan biodisel.

Anda dapat duit, alam pun terjaga dari pencemaran.

2. Kitar semula sendiri

– Kalau anda jenis yang kreatif dan suka ber-DIY, bolehlah cuba lihat di internet cara penghasilan bahan berasaskan minyak. Sebenarnya dari minyak masak terpakai anda boleh hasilkan bahan yang paling mudah iaitu lilin.

3. Kumpul dalam botol

– Kalau rasa malas nak menjual kembali minyak terpakai tersebut, anda boleh kumpul kembali minyak tersebut dalam botol-botol kosong dan buang di kawasan kitar semula. Nanti pihak berwajib seperti Majlis Perbandaran akan uruskan sisa buangan tersebut. 

Senang kan kerja?

Jadi selepas ini, bolehlah amalkan cara-cara di atas ini bagi menggantikan tabiat salah pembuangan minyak yang selalu anda lakukan itu. Bukan apa, alam ini kan tempat tinggal kita. Kalau tidak kita yang menjaganya, siapa lagi?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Siakap keli

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "pa Macam Batu, Ini Akibatnya Jika Sisa Minyak Masak Terus Dibuang Dalam Sinki Dapur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*