“Saya Belum Lagi Bersedia” – Gadis Dipaksa Kahwin Untuk Meringankan Bebanan

Assalamualaikum Kak Gee. Maaf mengganggu. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya seperti terjadi serentak.

Saya baru diberhentikan kerja akib4t masal4h Cov1d yang melanda dan syarikat tempat saya bekerja terpaksa ditutup. Lebih menyed1hkan, 3 orang daripada adik beradik saya termasuklah saya mengalami sitvasi yang sama.

Ibu saya pula sak1t dan saya sebagai anak perempuan diminta menjaga ibu. Saya tak kisah langsung, cuma saya sekarang tidak ada pendapatan sendiri. Adik beradik saya terpaksa bekerja sendiri dan gaji mereka juga hanya cukup untuk menampung hidup mereka.

Sekarang keluarga saya mahu kahwinkan saya dengan pilihan mereka kerana pada pendapat mereka, dapat atasi m4salah saya yang tiada pekerjaan dan bila ada suami, bolehlah jaga saya.

Saya belum bersedia Kak Gee. Saya masih muda dan banyak lagi yang saya ingin pelajari. Tolonglah bagi cadangan pada saya untuk keluar dari masalah ini Kak Gee. Tolonglah saya.

Jawapan:

Waalaikumussalam Mila. Sed1h perasaan Kak Gee bila baca masalah yang dihadapi Mila. Kak Gee harap Mila tabahkan hati.

Perkara seperti ini sering terjadi waktu Kak Gee masih kecil dulu. Tak sangka masih ada lagi sekarang ini. Kak Gee faham perasaan Mila yang ingin merasai pengalaman seperti orang lain – bekerja, melancong, dan menikmati zaman muda sebelum berkahwin.

Berceritalah secara baik agar mereka faham situasi Mila dan tidak hanya memikirkan jalan pintas untuk Mila keluar dari masalah yang dihadapi. Kita semua akan lalu zaman susah, tapi kalau kita berusaha, kita pasti akan dapat melaluinya.

Kak Gee harap Mila akan dpat berbincang secara baik dengan keluarga. Salam sayang daripada Kak Gee!Itu kisah Mila, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Saya Belum Lagi Bersedia” – Gadis Dipaksa Kahwin Untuk Meringankan Bebanan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*