Zed Zaidi Syukur Dilantik AJK Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan FINAS

Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Hal Ehwal warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi meluahkan rasa syukur di atas perlantikan itu.

Berkongsikan surat pelantikannya itu di Instagram, Zed turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan FINAS. Zed berkata dia akan menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan sebaik mungkin.

Zed memberitahu dia akan terus memperjuangkan hak kebajikan anak seni seperti yang dilakukan Seniman sebelum ini, malah tanggungjawabnya selepas ini menjadi lebih besar selepas dilantik sebagai AJK FINAS.

“Saya akan teruskan perjuangan membantu anak-anak seni tetapi selepas dilantik sebagai AJK di FINAS ini sudah tentu tanggungjawab menjadi lebih besar.

Dalam pada itu, Zed berkata dia tidak mempedvikan jika ada pihak mempertikai jawatan yang disandang dalam FINAS itu. Katanya lagi, jika tiada kec4man bermakna orang tidak nampak perjuangannya selama ini.

“Sebenarnya saya tak kisah pun warganet atau netizen nak hent4m saya, nak suka saya atau tidak kerana bagi saya benda tu lumrah.

“Bagi saya, kalau tak ada orang yang mengecam maknanya tak nampaklah perjuangan kita tu. Sekurang-kurangnya perjuangan kita selama ini diiktiraf oleh FINAS dan Kementerian,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber :Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Zed Zaidi Syukur Dilantik AJK Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan FINAS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*