“Kami Mampu Capai Lebih Banyak Kejayaan”-Salah Beri Bayangan Mahu Terus Kekal Di Anfield

PENYERANG sensasi Liverpool, Mohamed Salah memberitahu dia sedia untuk kekal di Anfield untuk satu tempoh panjang.

Pemain antarabangsa Mesir berusia 28 tahun ini yakin The Reds mampu mencapai lebih banyak kejayaan selepas dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sepanjang bersama Jurgen Klopp, Salah turut membantu merangkul gelaran Liga Juara-Juara serta Piala Kelab.

Salah yang menadatangani kontrak sambungan selama lima tahun pada 2018 mengakui sangat komited dengan kelab.

Malah selepas merangkul trofi juara ini, Salah tetap setia untuk terus bersama Liverpool.

“Saya sangat gembira. Sukar untuk gambarkan perasaan sebaik sahaja menjuarai liga selepas 30 tahun.

“Saya boleh lihat ramai yang gembira dan ini sangat penting buat kami semua.

“Suasana di sini sangat berbeza dengan tempat lain. Kami telah menyesuaikan diri dan memahami antara satu sama lain dengan baik.

“Jika ia diteruskan, kami boleh mencapai lebih banyak. Memang sukar untuk kekal di tahap sekarang, tetapi ia tidak mustahil,” jelasnya kepada BeIN Sport.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Kami Mampu Capai Lebih Banyak Kejayaan”-Salah Beri Bayangan Mahu Terus Kekal Di Anfield"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*