Live Bigo Menyamar Jadi Fasha Sandha – “Dia Tunjuk Muka Sebelah, Tak Pakai Tudung!”

BAGI mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminat, pelakon Fasha Sandha menjelaskan dia tidak pernah memiliki sebarang akaun di laman sembang, Bigo.

Justeru itu, Fasha meminta individu yang meny4mar menjadi dirinya segera menghentikan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

“Saya tiada Bigo dik. Tolong beritahu dia untuk hentikan penyam4ran ya! Terima kasih,” katanya.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini menjawab salah satu komen yang ditinggalkan pengikut di laman Instagram.

Menurut peminat itu, ada individu melakukan penyam4ran di aplikasi sembang berkenaan dan mengaku dirinya sebagai Fasha Sandha.


Peminat maklumkan mengenai kewujudan akaun palsv menggunakan nama dan fotonya.

Individu berkenaan turut did4kwa menggunakan nama dan foto pelakon filem Ada Apa Dengan D0sa ini, sekaligus menimbulkan kekeliruan pengguna lain.

“Akak (Fasha) ada guna Bigo ke? Tadi dalam Bigo ada yang mengaku diri akak Fasha… nama dan gambar sama macam dalam Instagram.

“Tapi dia tunjuk muka sebelah sahaja, tak pakai tudung… harap-harap itu bukan akak Fasha,” tanya seorang pengikut.

Bigo merupakan salah satu aplikasi sembang (live streaming) yang menjadi platform untuk pengguna bersiaran langsung bersama pengikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Live Bigo Menyamar Jadi Fasha Sandha – “Dia Tunjuk Muka Sebelah, Tak Pakai Tudung!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*