”Pemberian Diskaun Bil Elektrik Sehingga Disember Ini”-Arahan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Kerajaan hari ini memutuskan pemberian diskaun bil elektrik yang sebelum ini diumum bagi tempoh April hingga September 2020 dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika mengumumkan perkara itu pemberian diskaun meliputi semua pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ujarnya pelanjutan itu bakal memanfaatkan 7.66 juta pengguna domestik di seluruh negara yang menikmati diskaun bil elektrik antara dua hingga 50 peratus, mulai 1 Oktober depan.

Pemberian diskaun sehingga 31 Dis 2020 sebagai lanjutan kepada diskaun elektrik yang diumumkan 27 Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Pelanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan antara 601 hingga 900 kilowatt sejam (kWj) yang mula mendapat diskaun 10 peratus menerusi Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) seperti diumumkan kerajaan pada 20 Jun lalu.

Shamsul Anuar berkata pelanjutan itu turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan antara 601 hingga 900 kilowatt sejam (kWj) yang mula mendapat diskaun 10 peratus menerusi Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) seperti diumumkan kerajaan pada 20 Jun lepas.

Shamsul Anuar berkata, dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) M membabitkan anggaran sebanyak RM392 juta, akan digunakan bagi menampung peruntukan subsidi kepada pengguna di Semenanjung suusulan pelanjutan diskaun selama tiga bulan itu.

Ujarnya, Kementerian Kewangan akan memperuntukkan RM6 juta bagi membiayai diskaun atas tujuan sama untuk pengguna di Sabah dan Sarawak.

Dengan itu, katanya kos keseluruhan pemberian diskaun bil elektrik dari April hingga Disember tahun ini ialah sebanyak RM2.62 bilion.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan diskaun bil elektrik bermula April 2020 hingga September 2020 melibatkan semua pengguna di seluruh negara dalam usaha membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Pemberian Diskaun Bil Elektrik Sehingga Disember Ini”-Arahan Menteri Tenaga dan Sumber Asli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*