Ramlah Ram Cerita Satu Situasi Bersama Misha Omar Di Bintang RTM 2001 Yang Pasti Ramai Tak Tahu

Penyanyi senior, Ramlah Ram ada berkongsi kenangan manisnya bersama Misha Omar yang mungkin tidak diketahui para peminat kedua bintang berbakat ini.

Mengimbau memori ketika penyanyi kelahiran Kelantan itu menyertai Pertandingan Akhir Bintang RTM 2001 lalu, Ramlah pada ketika itu diundang sebagai penyanyi jemputan.

Menyedari akan bakat yang dimiliki Misha, Ramlah mendekatkan diri dengan penyanyi berkenaan lalu memberitahu tuah manusia tak siapa yang tahu

“Masa masih ingat lagi ketika dia menyertai Pertandingan Bintang RTM masa tu dan saya sebagai ‘guest’ ketika itu. Saya tengok dia ketika itu seolah-olah tidak yakin.

“Akan tetapi saya sedari dia berbakat dan ada cara tersendiri. Jadi saya cuba untuk dekati Misha dan cuba buatnya rasa lebih tenang,” jelasnya.

Ramlah mended@hkan perkara tersebut menerusi program #MHLifeStyle Media Hiburan.

Bintang berusia 54 tahun itu turut menambah, dia cuba menjadi rakan Misha pada ketika itu bagi memberikan kata-kata semangat.

“Saya cuba membantu, jadi kawan dia masa tu. Maksudnya… Moga dia jadi lebih relak. Saya pernah katakan padanya kalau dia masih ingat.

“Saya kata, Misha walau tak jadi juara atau tak menang, anda berbakat dan rezeki itu ada di mana-mana,” ujarnya lagi.

Selain berkongsi mengenai perkara tersebut, pelbagai hal lain turut dikongsikan Ramlah menerusi program sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Berita Hiburan

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Ramlah Ram Cerita Satu Situasi Bersama Misha Omar Di Bintang RTM 2001 Yang Pasti Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*