Penyanyi Tomok baru sahaja menyambut ulang tahun ke-9 perkahwinannya bersama isteri tersayang Rahayu Abas.
Sebagai tanda terima kasih dan sayang pada isteri, Tomok telah memuat naik video pendek yang merakamkan det1k-det1k indah perkahwinan mereka.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke sembilan buat isteri saya yang tercinta. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Shah sayang Ayu,” tulisnya.
“Happy anniversary sayang. Maaf tahun ni hampir terlupa. Sibuk berpantang gitew. Apa pun, berapa tahun pun saya akan sentiasa menyayangi awak sehingga nafas terakhir,” coretnya.
Terdahulu, Ayu selamat melahirkan bayi perempuan secara normal di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pada 4 Jun 2020 dan diberi nama Siti Khadijah.
Untuk rekod, Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrianshah Akid, 8 dan Andrashah Iman, 5.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "“Selamat Ulang Tahun Ke-9” – Tomok Tetap Sweet Walaupun Isteri Dalam Pantang"