Selepas Tersingkir Minggu Ke-3, Sulastrie Rancang Ingin Terbitkan Single Beliau

Di sebalik penyingkiran, peserta Suara Viral, Sulastrie memberitahu bahawa dia sudah melakukan sehabis baik sewaktu konsert persembahan minggu ketiga yang bersiaran malam semalam.

Biarpun menjadi peserta kedua tersingkir selepas Farid, kata Sulastrie, dia berpuas hati dengan segala usaha dan komitmen yang diberikan sepanjang menyertai program tersebut.

“Apapun, saya berpuas hati sebab saya dah cuba lakukan sehabis baik sepanjang pertandingan.

“Mungkin rezeki saya sampai di sini sahaja. Namun, saya masih akan terus menyanyi seperti biasa bersama dengan pasukan PDRM,” katanya yang merupakan seorang anggota polis.

Menurut Sulastrie lagi, dia juga merancang untuk menerbitkan single dalam masa terdekat.

“Insya-Allah selepas ini saya mungkin akan lancarkan single pertama yang sudah saya rakamkan pada tahun lepas.

“Cuma, saya tidak ada terikat dengan mana-mana label lagi,” katanya yang memberitahu single tersebut berjudul Sentuhan Abadi.
Sulastrie menyampaikan lagu Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah gagal melayakkan diri ke minggu seterusnya selepas berada di kedudukan paling bawah dengan jumlah markah 62.38 peratus.


Sulastrie turut diiringi dua orang anak perempuannya meninggalkan pentas Suara Viral.

Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di
Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi ‘Jom Intai Suara Viral’ yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Selepas Tersingkir Minggu Ke-3, Sulastrie Rancang Ingin Terbitkan Single Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*