Majlis Meriah, Tetapi Pengantin Perempuan Ded4h Terpaksa Berend4m Air Mata Nak Kahwin Drive Thru!

SEPERTI pasangan pengantin lain, Norazura Mohd Ali dan Agus Santoso Sidik mengimpikan majlis perkahwinan berkonsepkan dalam taman dan juga klasik.

Namun hajat itu terpaksa diubah kepada konsep pandu lalu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun lalu.

Bagaimanapun tanpa diduga majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dekat Kluang, Johor menjadi tul4r dan dianggap unik dalam kalangan netizen.

Menurut Norazura, 36, idea untuk menggunakan konsep tersebut muncul selepas melihat video ditul4rkan sebuah perunding perkahwinan mengenai majlis perkahwinan secara pandu lalu.

Wawa dan suami bernikah di Pejabat Agama daerah Kluang pada 23 Jun lalu.

“Sebenarnya kami rancang nak buat majlis perkahwinan pada 5 April lalu tapi tiba-tiba PKP diumumkan. Jadi kami terpaksa tangguh dulu dan tunda ke beberapa tarikh.

“Tapi sebelum PKP saya pernah terfikir ‘ni ada juga buat kahwin drive thru’. Saya just gurau dengan adik-beradik tapi tak sangka benda tu jadi kenyataan.

“Pada masa sama saya pernah tengok ada video tular, perunding perkahwinan ada up cadangan nak buat konsep drive thru sempena Cov1d-19 tapi belum ada lagi pasangan pengantin berani ambil ris1ko,” katanya kepada mStar.

Tidak lama kemudian, Norazura atau lebih mesra disapa Wawa mengusulkan hasratnya untuk menggunakan konsep tersebut semasa majlis resepsinya.

“Saya kata nak buat majlis drive thru. Pada awalnya keluarga menentang seker4s-ker4snya, tak ada seorang pun setuju. Sampai saya pun berend4m air mata jugalah.

Pada awalnya keluarga Wawa menent4ng konsep tersebut sebelum bersetuju selepas mendapat kebenaran daripada polis.

“Keluarga mencadangkan majlis diadakan secara mengagihkan makanan dalam bungkusan kepada jiran, saudara mara dan rakan taulan. Tapi bagi saya kaedah tu tak proper dan kurang sesuai.

“Jadi selepas dapat kelulusan polis barulah keluarga lega dan Alhamdulillah mereka menyokong idea saya. Saya juga bersyukur kerana majlis berlangsung meriah dan berjalan dengan lancar,” katanya.

Walaupun nampak simple tapi sangat meriah. Saya siap pasang DJ untuk hidupkan suasana supaya tak nampak suram. Perjalanan majlis kami memang cantik, semuanya dipermudahkan.

Wawa yang juga menjalankan perniagaan menjual burger berkata selepas mendapatkan kelulusan polis pelbagai perancangan awal dilakukan untuk menyusun atur perjalanan majlis tersebut.

“Satu famili buat garis panduan kepada tetamu seperti SOP yang ditetapkan kerajaan. Kami tak nak tetamu berkumpul dan bersentuhan antara satu sama lain.

“Sebelum majlis saya dah beritahu dalam kad jemputan siap-siap mengenai konsep perkahwinan saya. Alhamdulillah tetamu yang datang pun pakai mask dan ikut SOP ditetapkan.

Majlis berjalan dengan lancar tanpa sentuhan badan dan mematuhi SOP ditetapkan.

“Ada yang sanggup datang dari Perak, Bangi, Kuala Lumpur, Rawang, Batu Pahat sebab mereka teruja nak tengok majlis konsep pandu lalu. Rata-rata tetamu beri respons positif terhadap majlis kami,” katanya.

Mengenai konsep perkahwinan pandu lalu itu, Wawa berkata tetamu perlu melalui tiga stesen yang disediakan dalam tempoh seminit.

“Pertama tetamu akan diperiksa suhu badan oleh anggota Rela bertugas. Kemudian team katering akan ambil butir tetamu yang hadir sebagai rekod.

“Kemudian tetamu akan melalui kotak ‘Salam Keruk’ yang menjadi tradisi orang Johor bagi mereka yang ingin memberikan sumbangan wang.

“Lepas tu barulah tetamu akan bertemu pengantin. Dekat situ mereka boleh berselfie sama ada dari dalam kereta, atas motor atau semasa jalan kaki,” katanya.

Majlis perkahwinan Wawa menjadi tular kerana dianggap unik dan pertama kali dilakukan di negara ini.

Mengenai foto majlis perkahwinannya yang tular, Wawa meluahkan rasa terkejut dan teruja apabila ramai bakal pengantin menghubunginya bagi mengetahui cara-cara mengendalikan majlis menggunakan konsep tersebut.

“Mula-mula tu terkejut dan tak sangka viral. Saya jadi teruja sebab satu Malaysia tengok majlis perkahwinan ini dan mahu mengikut konsep tersebut.

“Ramai juga minta nasihat macam mana nak kendalikan majlis tu. Alhamdulillah kemeriahan tu lebih daripada apa yang kami jangkakan.

“Walaupun nampak simple tapi sangat meriah. Saya siap pasang DJ untuk hidupkan suasana supaya tak nampak suram. Perjalanan majlis kami memang cantik, semuanya dipermudahkan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Majlis Meriah, Tetapi Pengantin Perempuan Ded4h Terpaksa Berend4m Air Mata Nak Kahwin Drive Thru!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*