Shuib Masih Pertimbangkan Gelaran Datuk

Setelah bergelar ahli perniagaan, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk dikurniakan gelaran Datuk dari sebuah negeri. Bagaimanapun, Shuib berkata dia masih perlu memikirkan beberapa faktor sebelum bersetuju menerima gelaran itu.

“Cuma perlu cakap ya saja, dah dapat Datuk! Sejujurnya memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara ini.

“Tapi saya masih fikir-fikir lagi.. saya ada bertanya juga pendapat orang lain termasuklah pihak pengurusan dan rakan-rakan terdekat dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Ujarnya, dia sendiri masih bertanya-tanya adakah perlu dia menerima gelaran tersebut kerana ada yang mengatakan tidak sesuai memandangkan dia masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebagainya.

“Ada yang kata macam tak sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebangainya. Saya sendiri tertanya sesuai ke nak dapat gelaran itu walaupun mereka kata kriteria itu dah cukup. Tak tahulah kita tengok dulu macam mana,” katanya.

“Dari sudut bisnes, saya perlu mempertimbangkan tentang perkara ini. Saya selalu hadiri mesyuarat dan berbincang mengenai perniagaan dengan usahawan bergelar Datuk Seri dan Datuk ada kala buatkan saya rasa janggal.

“Apabila ada gelaran mungkin rasa dia lain sikit. Itulah tak tahu nak cakap lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya yakin untuk menerimanya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Shuib Masih Pertimbangkan Gelaran Datuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*