Janda Jadi Orang ke-3, Wanita Ini Makin Keliru Antara Berpisah Atau Tidak… Suami Try Hard Pikat Demula Hati Isteri – “Benci, Geli Dengan Sentuhan Perempuan Itu Dalam Rumah”

DAKWAAN wanita ini bahawa suaminya berzina dengan seorang janda di kediaman mereka ternyata mengejutkan pelayar media sosial.

Menerusi perkongsian luahan di Facebook Kisah Rumah Tangga, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu bagaimanapun mengakui suaminya kini sudah berubah.

Namun katanya, dia masih ragu-ragu dan tidak dapat melupakan apa yang berlaku, sekaligus menyukarkan proses untuk berbaik semula.

“Niat hati memang melonjak-lonjak nak tuntut fasakh. Suami berzina dengan janda dalam rumah masa saya tiada dan ketika saya mengandung.

“Sekarang suami ajak saya usaha mulakan hidup baharu dan dia tak mahu berpisah. Saya pun cuba terima dia kerana simpati dan disebabkan anak.

“Dia (suami) hari-hari menangis minta ampun pada saya. Sudah tentu rasa cinta itu dah pudar bagi saya, dan saya pun banyak berubah kerana tiada cinta lagi,” kata wanita itu.

Wanita itu mendakwa suaminya bersekedudukan dengan seorang janda di dalam kediaman mereka. (Gambar Hiasan).

Ujar wanita itu lagi, dia yang sebelum ini periang turut berubah menjadi pendiam kerana terluka dengan perbuatan suaminya.

Tambahnya, dia bukanlah jenis wanita yang suka menyiasat tingkah laku suaminya namun bersyukur apabila semuanya terbongkar dengan sendiri.

“Saya jenis tak cari, saya yakin dengan kuasa Allah. Dengan izin-Nya saya dapat tahu satu persatu perbuatan dua manusia. Dia dan janda tu saya ajar cukup-cukup.

Patut ke kita usaha terima semula. Beri peluang kedua? Hari-hari saya menangis dan saya keliru.

“Janda tu tak mengaku, kononnya dia ada maruah yang tinggi. Tapi effort dia (suami) nak berubah memang saya nampak dan 10 tahun saya kenal dia, kali ini betul-betul lain,” ujarnya.

kata wanita itu, suaminya turut membeli banyak kelengkapan baharu untuk rumah mereka.

Malah, sikap termasuk pertuturannya juga banyak berubah demi memikat semula hati si isteri.

“Barang-barang rumah semua baharu dek kerana saya benci dan geli dengan setiap sentuhan perempuan tu dalam rumah saya.

Wanita itu berkongsi kisah kehidupannya menerusi Facebook kerana buntu mahu membuat keputusan. (Gambar Hiasan).

“Cara percakapan pun dah lain, lembut dan teratur. Tapi hati saya masih berniat nak berpisah walaupun dah cuba terima. Berbulan saya cuba.

“Seandainya suami kita betul-betul berubah, sanggup buat apa sahaja, turut kata kita, turut kehendak kita, sabar dengan kita, berkorban demi kita selepas kesalahan berat yang dia lakukan seperti perbuatan suami saya.

“Patut ke kita usaha terima semula. Beri peluang kedua? Hari-hari saya menangis dan saya keliru,” luah wanita itu lagi.

Malah katanya, dia bagaikan hampir gila kerana berfikir akan hal itu setiap hari.

Sehingga kini, posting luahan wanita itu menerima lebih 1,000 tanda suka dan turut dihujani hampir 400 komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Janda Jadi Orang ke-3, Wanita Ini Makin Keliru Antara Berpisah Atau Tidak… Suami Try Hard Pikat Demula Hati Isteri – “Benci, Geli Dengan Sentuhan Perempuan Itu Dalam Rumah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*