“Terus Mengalir Air Mata Weh..” Pak Cik Ini Jalan Kaki Jual Aiskrim Sambil Pikul Tong Demi Sesuap Nasi

Wang ringgit merupakan satu perkara yang sangat penting bagi seseorang untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi mengikut peredaran waktu.

Dengan mengerah kudrat yang ada, seorang insan separuh abab usianya ini masih cekal mencari rezeki halal untuk menyara kehidupannya telah membuatkan ramai yang mengalir air mata sebak.

Perkongsian ini daripada seorang wanita di laman Facebooknya, Nurdiana Mohd Rapi tentang kisah seorang pakcik penjual ais krim sanggup berjalan kaki semata menjual ais krim dari satu tempat ke satu tempat yang jauh untuk habiskan jualan hariannya.
Sangat menjentik hati dan perasaanku petang ni …

Terbaca satu posting dari adik Atma Febrianti baru ja tadi. Bangun dan terus duduk, khusyuk baca smpai habis. Baca punya baca, terus teringat anak buah yang turun mau membeli jajan katanya.

Berbaju hitam, bermask, dengan kudrat ndak seberapa angkat tong pink di bahu kanannya, tangan kiri memicit honnya. Allahu, automatik terus sebak!

Tidak fikir apapa, terus teriak pacik tu. Tanya dari mana, dia jawab dari Kg Pukat berjalan kaki sampai ke Logpond terus putar sampai ke sini. Jalan kaki Pakcik? Jawabnyaa YA !!

Terus mengalir airmata bahh sebab bapa ku sendiri berdiri di sebelahku tengok dalam tongnya. Pulun habis jualannya, terus minta dia balik ke rumah.

Bukan mau cakap aku baik ya gais, cuma ntah kenapa aku rasa sebaknya tu lain mcm. Membayangkan org tua kita dlm keadaan bgtu, memang kau akan terus rasa insaf tiba tiba.

Tidak aku minta banyak sama kamulah yang membaca ni, tapi kalau kamu jumpa pakcik ni, belilah aiskrimnya. Rm1 ja dia jualkan tu. Sedap jugakk aiskrim nyaa. Anggap lah sebagai bantuan kecil kita untuk dia. Dia tinggal di Jalan Kelapa, naik bas lepastu turun mana-mana kampung dan teruskan cari rezeki dengan berjalan kaki jaa.

“Nikmat tuhan yang mana lagi ingin kamu dustakan?”

Masa aku tulis ni pun masih sebak aku rasa. Mampu doakan jaa pakcik ni semoga diberikan kesihatan yang baik, dan dilindungi sentiasa. Terima kasih atas doanya tadi Pakcik. Semoga Allah memberikan rezeki yang banyak lagi lepas ni ya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Terus Mengalir Air Mata Weh..” Pak Cik Ini Jalan Kaki Jual Aiskrim Sambil Pikul Tong Demi Sesuap Nasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*