Ain Edruce Tak Malu Belajar Masak Dengan Suami

Sudah hampir tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Amirul Hafiz Mustaffa, pelakon dan pengacara Ain Edruce mengaku tidak malu belajar memasak daripada suaminya.

Menurut Ain, suaminya tahu bahawa dia tidak mahir dengan kerja dapur terutama memasak seperti wanita lain. Bagaimanapun pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, Ain mengambil peluang untuk belajar memasak dengan suaminya.

“Sebelum bernikah lagi, Amirul memang tahu saya tak pandai sangat memasak. Namun, ia bukan isu kerana saya boleh belajar.

“Alhamdulillah, selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, saya guna peluang tak kerja dan duduk di rumah dengan belajar memasak bersama Amirul,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ain mengakui bukan isteri sempuna namun meluahkan rasa syukur dia dan suaminya berusaha untuk saling melengkapi. Malah, suaminya sudi berkongsi resipi dan mengajarnya sehingga boleh memasak.

“Soal memasak ini, antara nak belajar dengan tidak sahaja. Saya gembira belajar memasak daripada suami berkaitan menu kegemarannya.

Ain berkata dia dan suami kini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga. Ain turut menyifatkan suaminya seorang yang rajin dan sangat memahami. Kata Ain lagi, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan suami sentiasa kerjayanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Ain Edruce Tak Malu Belajar Masak Dengan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*