Rapper popular, Kanye West mengumumkan dia akan bertanding untuk menyandang gelaran presiden Amerika Syarikat.
Suami kepada Kim Kardashian itu telah membuat kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya semalam.
“Kita harus menyedari tentang janji Tuhan, menyatukan visi dalam membina masa depan, saya bertanding untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat,” tulisnya.
Walaubagaimanapun, menurut laporan CNN, Kanye masih belum melakukan apa-apa tindakan untuk bertanding.
Difahamkan, Kanye juga telah melepasi tarikh (deadline) untuk fail diri sebagai calon bebas di beberapa negeri.
Terdahulu, Kanye pernah memberi bayangan tentang hasrat bergelar presiden ketika menerima anugerah di MTV Video Music Awards pada tahun 2015.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Be the first to comment on "Kanye West Umumkan Beliau Bertanding Jawatan Presiden Amerika Syarikat"