”Keluarga Tak Kisah Jika Tiada Resepsi Kahwin”-Luqman Hafidz

Pelakon Luqman Hafidz memberitahu bahawa dia tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan sebarang majlis resepsi perkahwinan dalam masa terdekat biarpun kebenaran sudah diberikan kerajaan.

Menurut Luqman, 29, ahli keluarganya juga tidak kisah sekiranya dia dan isteri memilih untuk tidak mengadakan resepsi secara besar-besaran selepas bernikah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari.

“Saya tak ada perancangan untuk mengadakan majlis resepsi dalam masa terdekat biarpun sudah dibenarkan kerajaan.

“Keluarga pun kata, kalau tak nak buat resepsi pun tak apa. Lagipun, kami sudah buat majlis makan-makan bersama ahli keluarga, kawan-kawan dan berjumpa saudara mara semua,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Menurut pelakon filem Ola Bola itu, buat masa sekarang dia hanya memikirkan soal keperluan utama selepas mendirikan rumah tangga sahaja.

“Saya lebih pentingkan benda-benda asas, keperluan rumah. Sekarang ini pun tengah sibuk nak pindah rumah. Banyak lagi perbelanjaan  lain yang perlu diambil kira.
“Lagipun, kalau buat sekarang tak semua tetamu boleh diundang. Nanti yang tak panggil merajuk. Insya-Allah akan ada, cuma bukan dalam masa terdekat.

“Mungkin tunggu apabila semua sudah kembali normal,” jelasnya yang memberitahu turut menerima pemulangan deposit daripada pihak pengendali majlisnya sebelum ini.

Sebelum ini, Luqman merupakan antara artis yang melangsungkan pernikahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 20 Mac lalu.

Majlis pernikahannya dengan Nurul Atiqah Mad Apandi, 29, itu hanya dihadiri oleh 10 orang sahaja berikutan larangan mengadakan sebarang majlis keramaian.
Bahkan, dalam tempoh itu juga, ada pasangan yang memilih untuk mengadakan pernikahan secara online.

Terdahulu, kerajaan sudah membenarkan orang ramai untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan bermula 1 Julai.

Bagaimanapun, majlis tersebut mengenakan had kepada 250 tetamu sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "”Keluarga Tak Kisah Jika Tiada Resepsi Kahwin”-Luqman Hafidz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*